Sabtu lepas 7/3/2015 dilla g An-nur check up baby.
Ni appointments kali ke-2. Macam biasalah pagi-pagi dah keluar rumah motif nak
rebut no giliran awal. Korang jgn pelik lah bagi yg dah biasa check up kat
klnik o&g kat An-nur bangi tu biarpun kita dah wat appointment sebulan awal
sebelum tu tapi no tetap kena amik, sb dlm 1 hari ada dlm 50- org ibu
mengandung dok dtg check up tau. So klu lambat amik no yg terawal alamat
lambatlah settle. Operation hour dia pun start pukul 830, dr sampai kul 9. Paling
awal di astart pun 930. Dr pun nak makan gak dulu. Biasa kalau dilla dah amik
nombor, dilla akan keluar semula nak p isi perut pulak. Nak tunggu lama
kebulurkan. Biasa dilla makan kat restoran kelisa tu sederet dgn klinik An-nur
jer. So tak yah pening pikir nak makan mana. Belakang kelisa restoring Bangi
kopitiam, bertentang nya pulak Nuin kalau tak silap. Eh! Memang tak susahah nak
cari tempat makan sarapan pagi kat bangi tu. Lepas breakfast masuk klinik &
tuggulah nurse panggil utk checkup blood pressure, berat, ujian air kencing. Settle
ni sume tunggu jelah turn doktor panggil.
Kebetulan hari tu nasib dilla sgtlah baik. Dapat nombor
terawal 5001. Wah! cepat check cepatlah balik. Hehehehe… dilla checkup dengan
Dr. Khamsiah bt Muda. Sentiasa muda orgnya. Dilla dari anak sulung sampai yg
ke-3 ni kalau ikutkan ni kandungan yg ke-4, sebelum Amanda dilla penah miss
abortion. Masa tu dah 7 weeks. Jadi dilla dari anak sulung sampai sekarang mang
dah ada rekod dengan An-nur. Dilla suka Dr. Khamsiah ni , suka bagi advise
& moral support yg positif. Anak sulung dia yang sambut, Cuma Amanda Dr
ganti yang sambut sebab kebetulan dilla bersalin masa tu dia Dr. Kham tengah
bercuti. So jumpa dia hari isni & dia Cuma dapat sunatkan Amanda. Kalau sunat baby gigirl mang Dr kham jer yg
buat. Dilla pilih chekup hari sabtu sb nak simpan cuti, hahhaha.. yelah kena
prepare buatnya tngah sarat tu kena amik cuti awal ke, lpas tu kena juga
jaga-jaga utk sakit pening or emergency si kakak or adik tu kan. Lagi satu
nanti 7 month above dah kerap check up pun kena time keje t, so kena gak cuti. Cuti
bukan banyak pun so kenalah jimat2. So kalau sabtu hanya Dr. ganti yang bertugas.
Tak ingat lah saper nama dr ganti ni tapi bagus jgaklah dr ni, ala-ala mcm
advise dr kham jugaklah.
Checkup kali ni dilla punya result HB sgt bagus,
blood pressure pun ok, berat pun naik 53kg compare 1st check up ritu
49kg jer. So peningkatan yang baguslah. Scan baby pun alhamdulillah baby sihat,
yg paling best amboi pandai dah melambai..lawak plak tengoknya. Senang nak amik
view setiap position sebab baby pagi tu bagi respond positif. Jantung baby pun
ok, air ketuban pun ok, uri punya kedudukan pun ok. Pendek kata boleh bagi ‘A’
la. Hari tu dilla kena amik injection kancing gigi. Ni mang rutin bagi ibu yg
pregnant akan amik 2x injection kancing gigi. Next masa 7 mth nanti inject
sekali lagi. Yang pasti next month dila kena minum air gula. Sebab nak check
tahap kandungan gula dalam badan kita. Biasa masa pregnant ni penyakit yg kita
mang takde sebelum time pregnant lah dia menyerang cth darah tinggi &
kencing manis. Sekarang ni dah wajib dah kena minum. Kalau dulu if ada family
background yg ada pnyakit ni. So next month kita layan minum air gula. Tapi kalau
An-nur yg provide air gula dia best. Masa pregnantkan Amanda dilla dapat perasa
ais krim soda. Siap ada preasa ko! So lajulah telan. Tahun ni tak tahulah. Mintak
sedap lah kan. Dilla settle check dalam pukul 11 jugaklah. So total check up
hari tu rm163 sahaja (scan, consultation, injection kancing gigi ubat tiada
sebab saya guna Shaklee suppliment).
Kenapa dilla pilih bersalin kat An-nur. Sebab utama
dia klinik Islamic, majoriti pekerja adalah perempuan, yg lelaki biasa bhagian
kecemasan, maintenance, klnik luar, driver yang pasti bukan related yg
melibatkan melihat aurat perempuan. Dilla mang mencari doktor perempuan untuk
sambut anak dilla juga yg biarlah semuhrim tengok aurat dilla. Hubby pun pikir
yg sama. Tak sanggup nak beranak kalau diktor laki yg sambut. Tak terkangkang
pulak rasanya. Hahaha……
Dilla masa anak sulung lagi survey klink private
yg bagus & ada ciri2 yg dilla nak. Ni pun ramai kawan2 yang rekomen then
ada gak baca blog & forum dari mereka yg dah ada experienced beranak kat
An-nur. Dilla mang berpuashati lah bersalin sini. Janganlah compare klnik ni
dengan prince court pulak sememangnya jauh beza. Tapi yg pasti service dari
doktor hinggal staff nurse nya sume ok. Dari segi harga utk bilik min
rm80/malam. Ada bilik sorang, 2 orng & 4 orang. Utk bersalin normal harga
start from rm1800 kalau tak silap. Sb kalau ikut pada experienced dilla dalam
rm2200 total sume including, blik, mkan, normal bersalin, ubat. Epidural sahaja
dalam rm700-800. Ceaser min rm5000 kalau tak silap lah. Ni dah naik harga ni.
alhamdulillah dilla bersali 2-2 anak normal & tak guna epidural. Nak rasa
sakit secara neutral. Lagipun alhamdulillah dilla beranak senang & tak
lama, tak sperti ada certain org smapi 1-2 hari tahan sakit. Kesian ibu2 yg
menanggung sakit nak lama bersalin ni. Bila anak-anak tak dengar cakap ni sakit
perut ibu mengandung tau. Nak bersalin ni ibarat bertarung nyawa tau. Hargailah
ibu anda..
So ok lah nanti kita sambung lagilah.
bye..
No giliran ..so silalah tunggu , anda akan dilayan
sebentar lagi. Hehhehee…macam tak percaya pun ada, sebab tak
pernah dapat no seawal ni. bese 2-5, pernahlah skali no 12. Masak tunggu.
Ni kawasan tempat ibu-ibu menggu giliran utk dipanggil. tak besar mana pun tempat ni. dan time ni dah pukul 815 tapi still kosong pulak sabtu tu. dah rasa pelik apsal weekend taka ramai orang. bese time gini dah penuh kut.
Baby bump kita. dah nampak muncit sikit. 4m sekarang. seronok tengok perut sendiri. hehehehehehee
Lepas amik no, gi soru dulu. perut ni nak kena isi jugak dulu. baby dalam perut dah menguwek2 dalam perut laparrrrr!!!!! so menu pagi tu nasi lemak, tea tarik total rm5.