As
salam kawan-kawan blogger dilla. Agak busy minggu ni dan saje kumpulkan cerita
untuk di konsikan dalam blog dilla ni. Dilla sangat happy minggu ni sebabnya
dilla dapat lagi peluang melebarkan sayap “BRAND” dilla “DZIELA DELIGHTS” ke
Seremban pulak. Alhamdulillah berpeluang berkongsi air tangan dilla di hometown
dilla sendiri. Dilla dapat offer menjadi vendor ni pun melalui ex-offmate lama
masa kerja kat KNM dulu. Kebetulan owner butik ni merupakan cousin dgn kak Siti
Hanifah ni.
Lama
juga dilla pikirkan tawaran ni, samada nak ambil atau tak. Sebab sebelum ni
dilla pernah jugak jadi vendor si sebuah butik iaitu THE SISTERS BOUTIQUE di
Bangi. Tapi di sebabkan kekangan kerja kat office yang banyak dilla tak dapat
nak bagi 100% komitmen sepenuhnya. Jadi dilla dah Tarik diri. Now dilla dapat
offer lagi, setelah refer dengan hubby, dia benarkan asalkan tak payah banyak
menu nak di hantar. Lagipun dessert ni dilla boleh pass kat kak Ila (owner
butik Mariam boutique & café). So dilla tak perlu ke butik.
Ok
dilla citer sikit pasal butik ni yek. Sekarang ni mang banyak butik-butik yg
berkonsepkan menjual barang-barang seprti tudung, baju, kosmetik, kecantikan,
dan lain-lain juga konsep butik ni banyak ketengahkan jenis beli dan makan. so
trend butik macam ni mang tumbuh bagai cendawan, dalam membeli barang luaran
boleh duduk rehat jamu segala dessert dan menu foods yg ada di butik tersebut atau
pun boleh bawak balik. Depends pada konsep dan cara butik tu jugak. Ada yg
boleh makan kat situ sebab tempat disediakan juga ada hanya beli & carry.
So
macam butik yg dilla supplykan dessert dilla ni namanya MARIAM BOUTIQUES & CAFÉ.
Butik dia sangat cantik dekorasi dia. Tak nak lah dilla citer panjang . Meh! Dilla
shared kan sikit beberapa picture dari Instagram. Sorry dilla belum kesempatan
datang butik tu. setakat ni memang dilla hanya pass kan dessert dilla pada kak
Ila.
Brownies with curahan coklat ganache & butterscotch sos. Dessert ni yang dilla supply ke butik tu. Kawan-kawan dilla yang berada di sekitar Seremban dan seangkatan dengannya silalah beli di sini yek. Dan sila bagi komen yek.
Ni hokkaido cup cakes. Ni vendor lain. So pelbagai vendors ada di sini.
Cream puff yang super duper gebus gebas..!!! ramai cakap sedap.
Red Velvet kek.
View dalam butik tu. Cantik kan sebab berkonsepkan english style. Kalau korang nak tau owner butik ni mang sebelum ni ada kedai interior di Teras Jernang Bangi tu. So semua konnsep dalam ni ikut citarasa dia. Dalam picture pun dah nampak lawa belum lagi pergi dan lihat sendiri.
Sudut makan sambil chit chat or apa-apalah.
Ni bahagian jualan barang kanak-kanak. Macam-macam ada di sudut vendor ni. So ibu-ibu boleh plan bawak anak-anak shopping barang-barang diaorang di sini.
Sudut vendor-vendor lain pulak. Baju, shwal, aksesor, kosmetik , kecantikan dan lain-lain semua ada.. meh! lah datang butik ni. Tak beli pun tak per kita window-window shopping jer dulu...hehehe
Kat butik ni pun mana bakal pengantin nak buat outdoor or photoshoot boleh call/whatsapp butik ni. Mang view & background dia sangat cantik. Untuk adakan party hari jadi pun boleh jugak. Memang diaorg ada sediakan tempat.
No comments:
Post a Comment