Sejarah
Penubuhan TADIKA ABS
Tadika ABS mula ditubuhkan pada Jun 2013.
Penubuhan ini adalah hasil daripada perbincangan di antara Puan Ainon Mohd
(Chairman ABS Holdings), Puan Suhaili Ikhsan (CEO ABS Edu Solutions Sdn Bhd,
Puan Noraminah Omar (Co-CEO ABS Edu Solutions Sdn Bhd) dan Puan Nor Zarizah
Abdullah (COO ABS Edu Solutions Sdn Bhd).
Pada ketika
itu mereka sedang membincangkan hala tuju dan nilai yang ditawarkan di tadika
sedia ada dalam pasaran dari dua aspek berbeza. Satu dari sudut hak anak-anak
dan asas pembelajaran kanak-kanak terutama yang berumur 3 – 6 tahun. Aspek
kedua dari sudut pengembangan bisnes tadika serta masa depan pengusaha tadika
indie.
Sesi
perbincangan ini berakhir dengan masing-masing bersetuju untuk menubuhkan
Tadika ABS yang memenuhi kedua-dua aspek di atas. Selain daripada membimbing
anak-anak menguasai 5M, Tadika ABS mahu fokus kepada kemahiran-kemahiran
kepimpinan yang diperlukan untuk ‘survive’ dalam era perubahan zaman yang
semakin mencabar.
Tadika ABS
juga menjadi platform penting mengumpulkan usahawan tadika yang membolehkan
mereka berkongsi kos pengurusan dan pemasaran.
This entry
was posted in Penubuhan on October 1, 2013 by Suhaili Ikhs
TADIKA ABS (Aktif, Bijak, Santun)Tadika dalam Rangkaian TADIKA ABS juga menggunakan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2010) yang bertujuan untuk
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui
aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan
numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri
yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid
agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan
bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.
Keunikan
Tadika ABS
Teknik Nabi
Teknik Nabi merupakan hasil kajian oleh Tim
Psikologi Hadith yang dipimpin oleh Puan Ainon Mohd, Chairman PTS.
Teknik Nabi digunakan di keseluruhan persekitaran
pembelajaran dan pengurusan supaya masing-masing terdorong membuat perkara yang
baik-baik sahaja. Ia adalah hasil kajian Tim Hadith Psikologi dalam mendorong
pelajar secara khususnya dan manusia umumnya dengan cara yang ditunjukkan oleh
Nabi Muhammad S.A.W dalam hadith-hadith sahih.
Guru-guru dan ibu bapa adalah sumber dorongan
utama kepada anak-anak. Mereka akan dilatih sebagai pengamal Teknik Nabi bagi
mewujudkan persekitaran yang saling dorong-mendorong. Sikap anak-anak tidak
dikritik, diri mereka juga tidak dikritik. Guru tiada beban emosi, anak-anak
semakin suka belajar. Ibu bapa bahagia apabila melihat anak mereka suka
belajar.
No comments:
Post a Comment