Wednesday, 11 March 2015


DOA mohon diberikan keselamatan
(dibaca oleh ibu yang hamil)

“Ya Allah , jagalah anaku selama ada dalam kandunganku, sembuhkanlah dia (apabila ada penyakitnya), Engkau adalah Dzat yang Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu, kesembuhan yang tidak akan membawa penyakit. Ya Allah jadikanlah anak-anak yang ada dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus (tampan/cantik) dan tetapkanlah di dalam hatinya untuk senantiasa beriman kepadMU dan RasulMu. Ya Allah keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah anakku, anak yang sihat, cerdas, sempurna berakal, baik  pengetahuan agamanya dan sentiasa mengamalkan ilmunya. Ya Allah berilahanakku umur yang panjang, badan yang sihat, akhlak (budi pekerti) yang luhur, lisan yang fasih serta suara yang bagus untuk membaca Al-Qur’an dan Hadits berkat kebaikan Nabi Muhammad S.A.W. Segala puji hanyalah untuk Allah yang menguasai seluruh alam”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

 

#doakanlah kali ini kandungan dilla adalah lelaki. in shaa allah. (teringin nak anak lelaki buat kawan-kawan daddy) boleh jadi pemimpin kami sekeluarga kelak. in shaa allah.

CHECK-UP 4 BULAN


Sabtu lepas 7/3/2015 dilla g An-nur check up baby. Ni appointments kali ke-2. Macam biasalah pagi-pagi dah keluar rumah motif nak rebut no giliran awal. Korang jgn pelik lah bagi yg dah biasa check up kat klnik o&g kat An-nur bangi tu biarpun kita dah wat appointment sebulan awal sebelum tu tapi no tetap kena amik, sb dlm 1 hari ada dlm 50- org ibu mengandung dok dtg check up tau. So klu lambat amik no yg terawal alamat lambatlah settle. Operation hour dia pun start pukul 830, dr sampai kul 9. Paling awal di astart pun 930. Dr pun nak makan gak dulu. Biasa kalau dilla dah amik nombor, dilla akan keluar semula nak p isi perut pulak. Nak tunggu lama kebulurkan. Biasa dilla makan kat restoran kelisa tu sederet dgn klinik An-nur jer. So tak yah pening pikir nak makan mana. Belakang kelisa restoring Bangi kopitiam, bertentang nya pulak Nuin kalau tak silap. Eh! Memang tak susahah nak cari tempat makan sarapan pagi kat bangi tu. Lepas breakfast masuk klinik & tuggulah nurse panggil utk checkup blood pressure, berat, ujian air kencing. Settle ni sume tunggu jelah turn doktor panggil.
Kebetulan hari tu nasib dilla sgtlah baik. Dapat nombor terawal 5001. Wah! cepat check cepatlah balik. Hehehehe… dilla checkup dengan Dr. Khamsiah bt Muda. Sentiasa muda orgnya. Dilla dari anak sulung sampai yg ke-3 ni kalau ikutkan ni kandungan yg ke-4, sebelum Amanda dilla penah miss abortion. Masa tu dah 7 weeks. Jadi dilla dari anak sulung sampai sekarang mang dah ada rekod dengan An-nur. Dilla suka Dr. Khamsiah ni , suka bagi advise & moral support yg positif. Anak sulung dia yang sambut, Cuma Amanda Dr ganti yang sambut sebab kebetulan dilla bersalin masa tu dia Dr. Kham tengah bercuti. So jumpa dia hari isni & dia Cuma dapat sunatkan Amanda.  Kalau sunat baby gigirl mang Dr kham jer yg buat. Dilla pilih chekup hari sabtu sb nak simpan cuti, hahhaha.. yelah kena prepare buatnya tngah sarat tu kena amik cuti awal ke, lpas tu kena juga jaga-jaga utk sakit pening or emergency si kakak or adik tu kan. Lagi satu nanti 7 month above dah kerap check up pun kena time keje t, so kena gak cuti. Cuti bukan banyak pun so kenalah jimat2. So kalau sabtu hanya Dr. ganti yang bertugas. Tak ingat lah saper nama dr ganti ni tapi bagus jgaklah dr ni, ala-ala mcm advise dr kham jugaklah.
Checkup kali ni dilla punya result HB sgt bagus, blood pressure pun ok, berat pun naik 53kg compare 1st check up ritu 49kg jer. So peningkatan yang baguslah. Scan baby pun alhamdulillah baby sihat, yg paling best amboi pandai dah melambai..lawak plak tengoknya. Senang nak amik view setiap position sebab baby pagi tu bagi respond positif. Jantung baby pun ok, air ketuban pun ok, uri punya kedudukan pun ok. Pendek kata boleh bagi ‘A’ la. Hari tu dilla kena amik injection kancing gigi. Ni mang rutin bagi ibu yg pregnant akan amik 2x injection kancing gigi. Next masa 7 mth nanti inject sekali lagi. Yang pasti next month dila kena minum air gula. Sebab nak check tahap kandungan gula dalam badan kita. Biasa masa pregnant ni penyakit yg kita mang takde sebelum time pregnant lah dia menyerang cth darah tinggi & kencing manis. Sekarang ni dah wajib dah kena minum. Kalau dulu if ada family background yg ada pnyakit ni. So next month kita layan minum air gula. Tapi kalau An-nur yg provide air gula dia best. Masa pregnantkan Amanda dilla dapat perasa ais krim soda. Siap ada preasa ko! So lajulah telan. Tahun ni tak tahulah. Mintak sedap lah kan. Dilla settle check dalam pukul 11 jugaklah. So total check up hari tu rm163 sahaja (scan, consultation, injection kancing gigi ubat tiada sebab saya guna Shaklee suppliment).
Kenapa dilla pilih bersalin kat An-nur. Sebab utama dia klinik Islamic, majoriti pekerja adalah perempuan, yg lelaki biasa bhagian kecemasan, maintenance, klnik luar, driver yang pasti bukan related yg melibatkan melihat aurat perempuan. Dilla mang mencari doktor perempuan untuk sambut anak dilla juga yg biarlah semuhrim tengok aurat dilla. Hubby pun pikir yg sama. Tak sanggup nak beranak kalau diktor laki yg sambut. Tak terkangkang pulak rasanya. Hahaha……
Dilla masa anak sulung lagi survey klink private yg bagus & ada ciri2 yg dilla nak. Ni pun ramai kawan2 yang rekomen then ada gak baca blog & forum dari mereka yg dah ada experienced beranak kat An-nur. Dilla mang berpuashati lah bersalin sini. Janganlah compare klnik ni dengan prince court pulak sememangnya jauh beza. Tapi yg pasti service dari doktor hinggal staff nurse nya sume ok. Dari segi harga utk bilik min rm80/malam. Ada bilik sorang, 2 orng & 4 orang. Utk bersalin normal harga start from rm1800 kalau tak silap. Sb kalau ikut pada experienced dilla dalam rm2200 total sume including, blik, mkan, normal bersalin, ubat. Epidural sahaja dalam rm700-800. Ceaser min rm5000 kalau tak silap lah. Ni dah naik harga ni. alhamdulillah dilla bersali 2-2 anak normal & tak guna epidural. Nak rasa sakit secara neutral. Lagipun alhamdulillah dilla beranak senang & tak lama, tak sperti ada certain org smapi 1-2 hari tahan sakit. Kesian ibu2 yg menanggung sakit nak lama bersalin ni. Bila anak-anak tak dengar cakap ni sakit perut ibu mengandung tau. Nak bersalin ni ibarat bertarung nyawa tau. Hargailah ibu anda..
So ok lah nanti kita sambung lagilah.
bye..
No giliran ..so silalah tunggu , anda akan dilayan sebentar lagi. Hehhehee…macam tak percaya pun ada, sebab tak pernah dapat no seawal ni. bese 2-5, pernahlah skali no 12. Masak tunggu.

Ni kawasan tempat ibu-ibu menggu giliran utk dipanggil. tak besar mana pun tempat ni. dan time ni dah pukul 815 tapi still kosong pulak sabtu tu. dah rasa pelik apsal weekend taka ramai orang. bese time gini dah penuh kut.
 
Baby bump kita. dah nampak muncit sikit. 4m sekarang. seronok tengok perut sendiri. hehehehehehee

Lepas amik no, gi soru dulu. perut ni nak kena isi jugak dulu. baby dalam perut dah menguwek2 dalam perut laparrrrr!!!!! so menu pagi tu nasi lemak, tea tarik total rm5.

PENGASUH OH PENGASUH


Bulan ni agak rungsing sebab pengasuh adik dah tak jaga budak lagi bulan ni. start bulan depan makcik ni dah duduk dengan anak dia di bukit mahkota. Atas alasan anak dia risau akan keadaan maknyer yg kat sini tinggal sorang, sakit pening ia takde saper tau. Anak-anak bujang dia balik pun weekend itu pun tak tentu. Sebab anak-anak bujang dia keje hospital paham-pahamlah keje hospital camner kan. Nak-nak plak skarang ni penuh dengan pation yang kena denggi. Anak mana tak risau kan kalau mak tinggal sensorang kan. Walaupun duduk area rumah taman kiri kana nada orang. Tetiba terkenangkan mak dilla. Last week masa hantar adik , mak cik tu ckp slow2 jer hehehe. Lawak lak makcik ni. bila dengar dia last jaga bulan ni, adoi luluh rasa hati ni..mula dah tentu arah, pening pikirkan mana nak letak adik ni. nursery last choice utk letak adik. Sebab adik ni lain sikit dari kakaknya yg boleh mesra, mudah suai tempat baru. Adik ni kena yg jaganya jnis lembut, tak boleh kasar-kasar, lagi berkasar lagi tantrum & merajuk dia lama. Dilla nak cari pengasuh yg penuh kasih syang menjaga budak mcm makcik ni. makcik ni jaga tak pernah tetapkan bayaran. Bagilah seikhlas hati. Adoi..mana nak cari org yg semulia ni. adik mudah mesra dengan makcik ni, mula-mula jelah nangis. Lelama ok jer. Dalam kepala ni nampak emak jelah wat masa ni yg boleh jaga adik. Dilla kesian dgn mak sebenarnya. Mak bukan kuat lagi. Tapi kalau dia dengar hal adik ni sure meronta suruh amik dia. Sekarang ni tengah dok usha pengasuh dekat-dekat area rumah dilla di Bandar teknologi kajang. Mang nak cari dekat dengan rumah, sb senang nak hantar lagi pun pepagi dilla dah kena keluar. Pengasuh mana lah yg boleh sanggup terima adik pepagi buta. Ikutkan hati nak behenti keje je ni. tapi hubby lom mampu nak survive kami 3 beranak & coming soon nak keluar ni. kesian jugak dengan hubby. Ya Allah ko permudahkanlah urusan ku supaya ketemu pengasuh yang baik hati dalam masa terdekat ni. biarlah dapat pengasuh yg dapat menjaga adik speenuh hati seperti anak sendiri. Dilla ada dapat contact no pengasuh kat area Bandar teknologi ni, ni pun jiran bagi sb kebetulan pengasuh yg jaga anak dia tu , dia punya jiran ada menanyakan kalau ada budak nak di jaga. Dilla cter kat hubby, tapi hubby pikir lain. Boleh dia kata dia lagi prefer klu ada di kalangan anak2 yg kita kenal di jaga oleh pengasuh tu so apa2 boleh tanya tentang service dia dlm jaga budak2. Dilla lah semalam ada citer kes budak kena dera ni pun sebab dilla joint group kelab penysuan ibu di facebook. Anak org ni kena dera dengan pengasuh, bila tnya pengasuh ni tak nak ngaku. Berdalih macam-macam. Bila wat report & pengasuh ni kena tahan baru pulak nak mengaku dan meroyan mintak tarik kes. Si polan ni tak nak tarik. Biar bagi pengajaran. Lepas citer tu lah hubby ada cakap dia lagi rasa selesa andai pengasuh tu kita cari dan kita tanya sendiri nak tak jaga anak kami daripada yg bersungguh mevolenture kan diri utk jaga,hubby rasa tak sedap hati tapi dia tak assume pah sume pengasuh ni tak baik kan. Tapi bila dia dah rasa gitu serba salah nak call ke tidak kakak ni. adik oh adik camner ni adik, susah hati mummy ni adik, bagi salah org kang ya allah mummy tak boleh nak imagine lah…ya allah ketemukan lah dengan pengasuh yang baik..
MUMMY YANG RESAH......

 

 

 

PROGRAM SUSU SUNAH UWAIS (SUSU KAMBING)


Jumaat lepas kakak follow program susu Sunnah di tadika ABS kajang. Pukul 8.00 kakak kena ada kat tadika STRIDE sb nak bagi makan dulu sebelum gerak ke sana. So tuan muda & cik puan muda dari tadika STRIDE ke kajang dgn khidmat van (ikut citer kakaklah). Aktiviti seharian di sana explanation about kebaikan susu kambing, apa related susu kambing dgn Sunnah, khasiat susu kambing dan macam-macam lagi. Selepas tu anak-anak ini di beri minum susu kambig dan dapat free gift iaitu sepeket kecik susu kambing, n phamplet. Haish! Kakak ni tak minum susu. Mang dari baby tak minum susu formula ni. form baby- 4y bfeed. Dasyat kan. Nasib baiklah bekalan susu badan ni banyak.. alhamdulillah…

So jomlah kita layan gambar.






 

AKTIVITI KAKAK DI TADIKA ABS


Pagi ni nak shared pictures kakak sepanjang sekolah kat tadika ABS. Thank you teacher cikin & teacher Fatini berkongsi segala picture tuan muda & puan muda di dalam facebook TADIKA ABS NASYRAH STRIDE. Jom kita layan pictures anak-anak di tadika ni.


AKTIVITI KEDUDUKAN DAN BARANG DALAM TADIKA








 
BELAJAR MENGENAI BENTUK







MARI BELAJAR SOLAT














SUSUNATUR









Alhamdulillah sepanjang di tadika ni, banyak improvement daripada kakak. Dari segi pembacaan masih lagi merangkak but, dari suku kata dah laju dan dah kenal huruf dengan lancar. Penulisan pun ada peningkatan biarpun ad abesar, kecik tapi ok lah. Tak boleh nak expect terus pandai laju macam dewasa pulak. Pengiraan pun dah boleh kira 1-100. Walaupun ada yg tercicir nombornya. Setiap perkataan kakak nak sebut pasti 2 bahasa English & melayu. Banyak words English dia dah paham. Dari segi solat alhamdulillah banyak juga doa dia dah hafal walaupun sebutan tak clear dan adakala pening juga apa yg kakak baca ni. lelama leh paham lah. Doa sebelum makan, selepas makan kakak sentiasa amalkan bukan di sekolah jer, juga kat rumah mahupun makan kat luar. Mummy proud dgn kakak. Doa sebelum tido selalu kakak amalkan. Biarpun mummy selalu lupa, kakak yg mengingatkan. Al-fatihah, asmaul – husna pun dah mula hafal. Ya allah moga terangkanlah hati anak2 ku , mudahkan pembelajaran nya masuk ke dalam hati dan otak nya. Amin..
Semoga kakak success dunia dan akhirat. Moga menjadi ummah solehah dunia dan akhirat. Belajar rajin-rajin ye kakak. Jadi contoh pada adik-adik.

 

 

 
 

SEKOLAH BARU KAKAK.


Assalammualiakum, hari ni nak story sekolah baru kakak. Sekarang kakak sekolah kat TADIKA ABS, di Kajang - Nasyrah STRIDE. Tadika ni dalam kem pertahanan so dari segi safety selamat lah kan. Teacher yg mengajar ada dalam 2 org, student pun ada dalam 20 org kalau tak silap dan bermula dari 3-6 tahun. Sejak tukar sekolah ni banyak benda yg improved pada kakak. Rajin membaca, membaca pun dah lancar, iqra pun dah pandai, pandai mengira, pandai urus diri sendiri, pandai dah baca doa makan, doa nak tidur, belajar solat dan lain-lain. Kawan-kawan dia pun baik-baik katanyalah. Dia pun rasa seronok sebab banyak aktiviti kat sini. jadi dia tak boring. Kalau ambik dia dari tadika ada jer benda dia kongsikan dgn dilla apa aktiviti dia kat tadika. So kalau dia nampak apa-apa baik di tv, buku, or sepnjang jalan dia pasti akn share “ha! Yg ni kakak belajar kat school,” cth traffic light, setiap colour ada maksud, jadi dia explain apa maksud setiap colour. Kalau nampak bulan or apa-apa dia akan sebut dalam 2 bahasa English & malay. Kalau tak tahu dia rajin bertanya & repeat jawpan tersebut. Comel kan kakak. Secara tak langsung kita main teka-teka dengan dia. Kan seronok. Kalau dia terpaksa ponteng sekolah cth demam baru-baru ni, dia dah risau dah bila boleh sekolah ni. Dilla pun selalu pesan makan ubat cepat sihat nanti nak sekolah. Nanti rugi pulak kalau cuti lelama nanti banyak benda kakak tak buat kat sekolah t. Sejak tukar tadika ni makin bersemangat dia nak ke sekolah.

Jom kita layan pictures kakak....