Assalam
kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga semua sihat hendaknya. Hari ini dilla
nak berkongsi aktiviti sepanjang cuti hujung minggu baru-baru ini. Cuti sekolah
kan sudah bermula, so sure parents semua dah plan apa aktiviti nak buat untuk
anak-anak kan?.. Masa ni lah peluang terbaik nak isi masa lapang bersama
anak-anak. Hujung minggu lepas pelbagai aktiviti di adakan di Putrajaya &
Serdang. Di Putrajaya telah diadakan satu Karnival Upin dan Ipin yg berlangsung
di PICC anjuran dari Lescopaque . Di Serdang pulak berlangsungnya MAHA
sehingga 30hb November ini. Juga ada demo F1 Team Lotus yang di adakan di Pusat
Pentadbiran Kerajaan Putrajaya. 3 events ni berlangsung serentak bermula dari
hari jumaat lepas. So agak-agak parents nak bawak anak-anak gi mana dulu ek. Hais!
Kenalah wat undian kan.. hehehe.
Dilla
plan nak bawak anak-anak ke Karnival Upin dan Ipin. Karnival ni bermula pada
21-23 November yg beroperasi dri pukul 9pagi-10mlm. Dah mula cuti sekolah ni
sure lah kan tempat-tempat mcm ni penuh dengan orng. Upin ipin sapalah yg
tak minat kan. Bukan golongan
budak-budak jer, org tua pun layan citer ni. Kartun Malaysia, produk malaysia
sudah pasti dilla sokong buatan kita kan. Kartun dia pun ok dan banyak
pengajaran yg kita dapat dari upin ipin ni.
Dilla
plan pergi hari ahad, sebelum pergi tu kan, agak bnyak jugalah kengkawan dok
updated kat facebook suasana kat carnival tu. Banyak komen dan komplen yang agak mengecewakanlah dari
parents yg dah pergi carnival tu. hati ni dah mula berat jugak nak pergi tapi
dah janji kan dgn anak-anak takpelah kita redah jelah yg penting kita pergilah
pagi-pagi. Kononnya mungkin kita boleh elak dari bersesak-sesak.
Pukul
7 pagi dilla dah bangun kejutkan kakak, & adik..nasib baiklah mood diaorg
ni baik. Nak kejut kan pun senang. Budak-budak dah setlle mandi & makan
semua, so turn mummy & daddy pulak bersiap. Pagi tu mertua dilla buat
breakfast nasi lemak. Mang weeknd lepas dilla bermalam di rumah in law. Bak kata
husband nak ke picc tu dekatlah so confirm takkan rempuh jem lah. So kita ni
ikut jelah kan. Dalam 8.++ kami gerak ke PICC. Anak-anak mang dah happy lah,
paling happy kakaklah siap dah plan nak jumpa memei “ saya suka..saya suka” tu.
hopefully dapatlah jumpa kakak. Mummy pun tak beranilah nak janji kakak. Sebab dengar
dari komen kawan-kawan mummy pun banyak frustlah. Tapi takdelah dilla cakap kat
kakak yg banyak ke negative, sb kakak ni mood lain sikit, kalau kata nak mesti
jadi je bagi dia.
Sampai
je kat PICC mak datuk ai..!!! dah bersusun kereta sepanjang jalan kat PICC tu,
tapi oklah lagi takdelah menapak dari parking Pullman tu. Eh! Jangan tak percaya
tau di sebabkan karnival ni buat time cuti sekolah ada yang parking sampai Pullman
tu tau, kalau korang tau Pullman tu kat mana & PICC kat mana haaa…!korang
imaginelah sendiri cmner parents ni sume menapak. Dengan bawak anak-anak lagi,
dengan tolak strollernya lagi. Sebabkan anak minat upin ipin parents ni sume
ikutkan jelah kan. Menapak pun menapaklah.
Kami
parking kat bawah dari PICC so takdelah jauh sangat pun menapak walaupun peluh
jugaklah dok mendaki kan. Matahari pagi pun dah mula terik haish! Banyak jugak
kalori terhasil ni..ahhahahaaha, Masuk je dalam tu..masyallah manusia dah ramai
dah beb..tak tahulah diaorg ni sampai pukul baper lah ni. Ingatkan kita ni dah
awal dah, rupanya ada lagi awal. Nasiblah kan.
Mula
kami sampai kami masuk MAIN HALL dulu. Masa sampai upin ipin tengah buat show
dah. manusia dalam tu pun dah ramai. Kami Nampak dari jauh jelah. Tak tahulah
nak pergi dekat-dekat tu camner. Si kakak dah rengek-renegk nak tengok ,
terpaksa daddy dukunglah. Itupun still tak nampak, memang tak boleh dekat lagi
dah sangat2 padat.. Kemudian ajak diaorg pusing-pusing kat dalam dewan tu tengok
apa yang ada. Mang macam-macam ada, antaranya booth eicak, Pada Zaman Dahulu,
Puteri, sudut craft, main pasir colour tu, sudut jualan produk upin ipin,
jualan minuman vitagen, di luar hall ada pelbagai jualan makanan dan minuman
dari produk upin ipin.
Lepas
tu kami keluar dari main hall kami, beratur untuk beli tiket masuk ke hall lain
nak tgok show. Kami masuk ke Magical Performance. Bayaran tiket untuk dewasa
rm15 dan kanak-kanak 6-12 tahun rm5. Bawah 6 tahun is FREE. Queue nak beli tiket pun
agak tak bersistem, dah tak tahu manu queue beli tiket & queue nak masuk
show hall sebab takde pun diaorg buat pengadang atau apa-apa tanda untuk
bezakan 2 tempat ni. Dah lah info pasal beli tiket ni takde, Hanya diaorg tulis
atas sekeping kertas A4 dan bertulisan marker pen dan dilekatkan kat pintu hall
masuk tengok show tu. Manalah org nak perasan. Memasing hanya bertanya sesapa kat situ jer.
Tiket
dah beli, now kita pi tengok show pulak. Masuk ni pun dok berebut-rebut dah,
kat dalam tu pun lagilah berebutnya. Pintu nak masuk pun alahai besar badan
hubby dilla jer. Yang nak masuk ramai ni camnerlah aksi tolak menolak tak
berlaku kan. Boleh pulak dalam tu ada parents yg emo, terjerit-jerit tak puas
hati. Adoi! Apa nak buat mang dah terang-terang banyak kelemahan dari pihak
penganjur (Lescopaque) tapi dah sampai ni kita hadap jelah, nak komen
kemudianlah. Tak payahlah kita tolak-tolak, kalau bertolak ansur semua boleh
masuk. Kesian parents yg tolak stroller dukung anak-anak kecik ni. Janganlah
tunjuk perilaku tak baik depan anak-anak. Tak bagus kan. Sabar jelah, events
macam ni mang confirm ramai kan. Sesak tu dah pastilah.
Magical
Performance ni ada 3 jenis persembahan yang pertama tarian dari robot-robot. Sorry
yek, tak dapat nak sharing picture persembahan dari robot-robot ni sb pihak
pengajur dah warning awal-awal no video, & camera. So kami just copy dlm
memori otak jelah yek. Eheheh. Ada dalalm 10 robot kalau tak silap. Robot-robot
ni menari ikut rentak lagu “SAHABAT” sangat best & kagum dgn hasil
anak-anak muda melayu dari Lescopaque ni. mang awesome lah. Pandai robot-robot
ni joget. Serentak jer diaorg setting.
Habis
tengok robot menari pindah ke skrin sebelah still dalam hall yg sama. Ni tengok
monolog dari upin ipin. Upin ipin menyanyi lagu , “Terima Kasih Cikgu” “Upin-Ipin”
“Sahabat”. Bestlah dan anak-anak pun enjoy. Tapi si adik dah lelap. Hahaa..
sebab view dalam tu gelap macam tengok wayang. Sejuk aircond pulak tu..lenalah
dia tido. Kami bersila dan duduk di bahagian depan sekali. Mang nak duduk depan
pun senang nak focus..haahaha.. mummy dia yg over kan..
Habis
session upin ipin nyanyi session soal jawab bersama karektor dari upin ipin. So
hari tu bersama “kak ros” alah..kakak upin ipin yg garang tu. bak kata si
kakak, kak ros tu garang samalah macam mummy.. adeh! Kena setepek!. Sempat jer
si kakak kenakan mummy. So soal jawab ni akn panggi budak-budak secara
rawaklah. Tanyalah apa-apa pada kak ros tu.
Settle
session tu maka tammatlah show Magical Performance hari tu. so kami keluar
masuk main hall plan nak bli something sebelum balik. Memang kami dah tak larat
nak stay lelama kat situ. Sebab sangat-sangatlah ramai orang macam ulat dah.
Banyak masuk dari keluar. Ada parents yg dok bersila santai kat luar main hall
tu. Kepenatan lah kut. So dapatlah grab 1-2 barang , lepas tu kami baliklah. Jumpa
ex-ikm pun tak boleh nak borak lelama. Masing-masing bawak diri memasing jelah.
Next time linda & are ju kita jumpa lagi, kita chit-chat &
gossip-gossip ek.
Kesimpulan
yg dapat di rumuskan pada event ni. Memang betul seperti apa yg di kata
berkenaan dengan system penganjuran event ni. Terlalu banyak kelemahan dari Lescopaque.
Dari segi tempat tak salah pun kalau buat kat PICC, sebabnya
beraircond dan indoor so budak-budak tak panas so mang boleh di puji. Cuma kalau
boleh Lescopaque event macam ni jangan buat terlalu singkat. 3 hari sangat tak
cukup, better lanjutkan sebulan, supaya parents boleh plan dan datang
berperingkat. Jadi keadaan boleh di kawal. Pihak penganjur perlu ingat pengikut
upin ipin ni besar dan sangat ramai bukan hanya budak-budak jer yang minat tapi
orang tua pun suka. Memang paham kalau
diaorg buat 3 hari disebabkan agak mahal sewa tempat PICC tu. Tapi mungkin
diaorg boleh cari tempat yang seuai dan selesa.
Segala
informasi macam kaunter tiket, info pasal events better letak sebelum masuk
entrance, dan juga sediakan flyers . dalam tu terkandug peta lokasi show, time
show, tempat solat & toilet dan lain-lain info yg jelas. Jadi takdelah
insiden perang mulut kat situ kan. Biasalah bila dah ramai macam tu emosi payah nak
kawal kan. Tempat jualan @ merchandise & aktiviti untuk kanak-kanak tu
better boleh buat kat luar, dan belah atas so ruang pada main hall khas utk free
show. Mungkin boleh kurang kan sesak org yg nak tgok stage show dgn orang yg
nak membeli dan buat aktiviti juga ambil gambar.
Bahagian
beli tiket pun buatlah satu pengadang macam guna tali merah tu, supaya org
boleh beza bahagian sini untuk A, yg sini untuk B. Takdelah kelam kabut. Kalau boleh
buat belian tiket secara online. Keadaan masuk dewan pun serupa juga limitkan
berapa yg boleh masuk. Pintu tu bagilah luas sikit. Dan kalau boleh laluan
keluar dan masuk biar berbeza ni situ lah pintu masuk situlah pintu keluar.
Serabut bro!.
Dilla
bukan nak kondemkan produk anak bangsa kita, dilla tetap sokong, Cuma bagi
komen tujuan nak improvekan prestasi diaorg. Hopefully akan datang akan lebih
menarik dan banyak perubahan positif diaorg buat. Tanpa komen orang ramai Lescopaque
tak tahu mana kekurangannya kan. Dilla tahu ramai yang ibu bapa frust dengan
event ni, anak-anak pun tak berapa happy. Dilla dayakan juga pergi sebab nak
bagi anak-anak seronok walaupun not 100% diaorang happy. Ni 1st
time event dari Lescopaque so kita maafkan dan bagi peluang pada diaorang.
Mungkin betul ada segelintir cakap Lescopaque nak try market camner sambutan
orang ramai pada karnival ni. Ok cukupla entry untuk hari ni. dah panjang
sangat ni.. hehehe.. ok bye..
Kami menapak nak naik ke atas. Pagi-pagi kami dah exercise. Demi anak-anak kami dayakan jua.
Keadaan traffic yg nak naik ke atas. Nampak tak ni baru pkul 9.++ dah bersusun keretakan. So belum tengok dalam lagi.
Abang polis traffic dok kawal keadaan.
Anak dara kami yg super excited nak tengok upin ipin. Dah plan konon nak jumpa memei, nak peluk memei, tapi batang hidung memei pun tak jumpa. tak pasal-pasal melalak, puas jugak nak pujuk. Kalau adalah geng-geng Lescopaque baca blog dilla ni, gak-agak dia temukan tak anak saya dengan memei ni.. sampai sekarang ni asyik dok sebut tak dapat jumpa memei. aish!!!
Baru pukul 9.++ tau tapi dah rasa panas terik tengahari. hubby dah kerut seribu tahan silau matahari. si adik tu tido.
Sorry picture sangat blurr.. tengah dukung adik dan pada masa sama amik gambar. masa ni sampai upin ipin tengah nyanyi lagu "SAHABAT". tengok ramai kan orang.
Booth Eichak.. tak sure betul ke spelling ni.
Beli tiket masuk Magical Performance dapat free voucher ke Safari Park Gamabang dan Theme Park. Valid sampai hujung bulan 12 ni.
No cabutan bertuah, 11905 tak tahulah nombotr ni naik ke tak. Pukul 12 dah balik dah tak larat nak tunggu.
Harga tiket masuk ke Magical Performance rm15/adult. Anak-anak kami bawah 6 tahun so free. Mummy & daddy yang kena bayar.
Suasana di dalam dewan yg sempat kami pose. hehe..
Di bahagian jualan upin
T-shirt.
Set cawan jenis melamine.
Tabung upin ipin.
Beberapa barang yang sempat kami grab.
Time nak balik.
Bye..jumpa next entry.