Thursday, 6 November 2014

KASIH BERBISIK

 
Saper ada tengok citer ni kat TV3 jam 9mlm setiap hari rabu. Dilla mang tak pernah miss tengok citer ni. lakonan mantap dari Remy Ishak, tasha shila, keith foo , pelakon Indonesia demmyfebriana. Lakonan yg di buat di Malaysia, Singapore & Bali Indonesia.
Meh dilla story mory sikit synopsis citer ni. alkisah si Imran (lakonan remy ishak) seorang arkitel Singapura pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya Sulastri seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama selama 6 tahun,Tina (lupa nama pelakon ni, sb muka baru). Setahun kemudian,Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.
Dharma (lakonan keith foo),bekas teman lelaki Sulastri tekad untuk memilikinya semula walau apa cara sekalipun. Ia menjadi dendam bila Dharma mengetahui Sulastri telah berkahwin dengan Imran. Pelbagai insiden berlaku apabila rahsia Imran yang tersimpan selama ini terbongkar
Kredit to : galaksi media
Utk episode semalam, Imran accident now, dia macam ada lupa2 ingatan sikit, trauma pun yek jugak. So now dlm citer tu mak Imran bwak Imran balik kg utk berubat tapi wife dia tina tak follow. Actually tina dah tau dah si Imran ni kahwin lagi 1 kat Bali tu. tau pun sb Imran bawak balik ank dia yg mana wife ke-2 dia dah meniggal kena bunuh. Pembunuh misteri la sb sampai sekarang lom tahu lagi siapa yg bunuh. Saksi terdekat Nampak anak diaorgla itu pun lom cakap lagi la. Tina tak follow sb jiwa kacau lagi, hati dia mcm kecewa sb Imran tipu dia. Dah la plak mak Imran tak suka dia sb bkn menantu pilihan & kahwin dah bertahun tapi takde anak. Konon mak Imran nak jodohkan dgn tasha shilala. Tapi hampa sb tina pilihan hati Imran. so nak tau citer selanjutnya korang kena la tengok episode minggu depan. Dilla pun tak tau apa citer selanjutnya.
Lagi satu suka OST lagu citer ni dari oh my hensem taufik batisah. Lagu dia best woo.. dgn taufik yg hensem tu. ish!! “awak, awak kat mana”..hehehhe..
Okla korang tengok la sendri citer ni. nak dengar lagu korang carila kat you tube tajuk “kasih berbisik”.
Ok bye.
 
 
 
 

No comments: