Assalammualaikum,
kawan-kawan blogger semua. Lama sangat dilla tak bersiaran. Sangat-sangat lah
busy sekarang ni. Ni pun curi-curi masa untuk lepas rindu berblog. Ermm.. 2014
telah pun berakhir. Banyak kisah pahit dan manis sepanjang tahun 2014 baik utk
dila mahupun Negara. Ermm…bagi dilla kalau ikutkan terasa banyak sangat yg
pahit dan al-kisah sedih di tahun 2014. Mungkin bukan berlaku dalam hidup mahupun
yang related dengan dilla, tapi sedikit sebanyak effect tu tetap rasa. Sebagai
contoh bulan March kita di gemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang
sehingga kini kita masih lagi belum terima apa-apa berita kisah craft ni.
manalah pergi craft yang sebesar-besar gajah ni. hilang tanpa ada tinggal
jejak. Entah hidup, entah mati yang pasti hanya Allah swt lebih mengetahui. Kalau
betul mereka yang dlm craft ni dah tiada, mana bangkai craftnya, mana jatuhnya,
mana kesannya adoi.. persoalan ni selalu bermain di kepala otak dilla rasanya
seluruh manusia dok tertnya-tanya “awak kat mana..awak kat mana..” sebab salah
seorang passengers craft MH370 ni adalah merupakan kawan study hubby dilla
semasa di PURDUE. So dilla pun kenal juga dengan beliau. Suhaili Mustafa genit
orangnya, dia juga merupakan staff Freescale dan bekerja under department dgn
abang dilla jugak. Kalau ikut cerita abang, department abg kosong takde
langsung engineer sebabnya semua engineer di hantar ke Beijing untuk training
sebulan. Agak suram department abang masa tu. press tak yah cakaplah 24 hours
ada jerk at luar kilang Freescale, masa memula crat tu di laporkan hilang. (Sorry
tak ingatlah abang department apa). Apapun kami tetap panjang kan doa semoga
MH370 dijumpai jejaknya. Semoga mereka berada di dalam rahmat Allah swt.
Kemudian,
seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu dahsyat buat
kali kedua melibatkan negara Malaysia umumnya dan Malaysia Airlines (MAS) amnya
tahun 2014 ini apabila pesawat MH17 terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia).
Allahhuakbar apakah musibah yang Engkau ujikan pada kami Ya Allah. Rasa terduduk
dan tergamam dengar berita ni yg memula newsfeed dari facebook, lepas tu live
on tv awani pulak. Belum reda kes tragedi kehilangan MH370, seolah masalah
bertimpa-timpa untuk Malaysia. Mungkin Allah nak memberi dugaan hebat pada kita,
mungkin kita dah lupa pada Dia. Mengikut pada cerita Pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH17 yang pada mulanya telah terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)
dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia akhirnya
disahkan pesawat Mh17 jatuh terhempas oleh berita AFP. Keadaan pada ketika ini
cukup tragis melihatkan gambar bangkai kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS
ditambah dengan situasi begitu banyak mayat bergelimpangan di lokasi kejadian. Kronologi
mengenai MH17 terhempas di Ukraine, penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam
(Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas
12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit
terlewat daripada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan. Berdasarkan
jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA
Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia. Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280
penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS). Semasa siaran
langsung ketibaan jenazah Malaysia yg pertama, PM kita telah mengeluarkan titah
sebelum itu utk semua rakyat Malaysia berkabung & bertafakur selama 5 minit
bagi menghormati jenazah yg sampai di KLIA. Al-fatihah buat semua penumpang dan
anak kapal MH17, juga pada semua waris MH17 semoga tabah dengan ujian yg Allah
swt berikan. Kami rakyat Malaysia bersimpati dengan atas apa yang menimpa. Belum
terubat luka Malaysia sekali lagi di
timpa musibah dengan banjir besar di Pantai Timur Kelantan, Terengganu, Perak,
Pahang. Kali ni banjir yg sangat dasyat. Ya Allah, ujian apa yang Engkau
turunkan pada kami. Musibah apakah ini. Ampunkanlah dosa-dosa kami. Simpati dengan
nasib mangsa-mangsa banjir ni, terutama sekali warga tua & kanak-kanak. Mana
tempat diaorg nak lari, semua tempat di penuhi air. Masing-masing selamatkan
diri sehelai sepinggan. Hanya pikirkan nyawa sendiri dan keluarga selamat. Mungkin
betullah seperti kisah yang dilla baca dalam facebook melalui mereka yg sendiri
melalui insiden banjir ni , keadaan yang berlaku seperti kiamat kecil. Masing-masing
lari menyelamatkan nyawa sendiri juga keluarga. Tiada apa yg dapat nak di
selamatkan. Air naik sangat cepat. Agak luar biasa kali ni. Bantuan demi
bantuan dah di salurkan. Terutama bekalan makanan. Alhamdulillah Malaysia ni
ramai lagi yang sgt prihatin tanpa kira kaum. Masing-masing bersungguh-sungguh
mengumpulkan dana juga bantuan untuk mangsa banjir. Semoga niat suci murni ni
hanya Allah yg mampu membalasnya.
Akhir-akhir
di ambang penutup 2014, kita di kejutkan lagi dengan Pesawat AirAsia
penerbangan QZ8501 disahkan terhempas di di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia,
Tan Sri Tony Fernandes yang menzahirkan perasan sedih dan pilu sebaik mendapat
berita. Pesawat airasia QZ8501 dijadualkan berlepas pada 5.20 pagi dan akan
dijangka sampai ke singapura pada jam 8.00 pagi waktu tempatan. Pesawat AirAsia
jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 orang
penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang
bayi, dua orang juruterbang dan empat anak kapal. Juruterbang bertugas ialah
Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel. Warganegara
penumpang pesawat ialah 155 dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, temasuk
seorang bayi, satu dari Malaysia, satu dari Singapura, satu dari Perancis dan
satu dari United Kingdom.
Al-fatihah
buat mereka yang beragama islam dan salam takziah bagi mereka yang bukan islam.
Penutup 2014 diselubungi hiba, sedih dan suram. Semoga ada sinar baru yang
menerangi pada 2015. Moga 2015 mengukir yang indah-indah dan sentiasa
bermunanjat pada Yang Esa, sesungguhnya kita ni banyak lupa akan Dia. Dia
sedang mengingatkan kita. Semoga kita merenungkan dengan apa yang berlaku
sepanjang 2014 ni sebagai muhasabah diri kita. Sucikan iman kita.
Bye..bye
2014
No comments:
Post a Comment