Wednesday 7 January 2015

MY PREGNANCY IS 8 WEEKS


How your baby's growing:

New this week: Webbed fingers and toes are poking out from your baby's hands and feet, his eyelids practically cover his eyes, breathing tubes extend from his throat to the branches of his developing lungs, and his "tail" is just about gone. In his brain, nerve cells are branching out to connect with one another, forming primitive neural pathways. You may be daydreaming about your baby as one sex or the other, but the external genitals still haven't developed enough to reveal whether you're having a boy or a girl. Either way, your baby is constantly moving and shifting, though you still can't feel it.

8 weeks: Your baby is about the size of a kidney bean
 Your little bean is now just over 1/2 inch long and is constantly moving and shifting.
 
What your baby looks like -- 8 Weeks
 
Brain: The nerve cells in your baby's brain are branching out to connect with one another, forming primitive neural pathways.
Eyelid: Translucent eyelids now practically cover your baby's eyes
Hand: Your baby's hands are flexed at the wrist and meet over the heart. The fingers are still slightly webbed but growing longer.
Knee joint: Your baby now has knees, and her feet may be long enough to meet in front of her body.
INFO FROM BABY CENTER

GOLD COAST, MORIB


Permulaan dalam tahun baru.. minggu lepas time new year (1/1-2/1/2015) kami anak beranak holiday kat GOLD COAST, MORIB jer. Plan mengejut sebenarnya ni. memandangkan dilla cuti lama,so mang dah lama hajat nak bawak bebudak ni mandi manda. So plan mengejut kita p tempat terkejut dan terdekat jelah kan. Asalkan holiday..yeah!! anak-anak mang suka jer.. lebih-lebih lagi si kakak lah, adik tak paham lagi, orang gelak dia pun gelak jelah..hahhaha.

So hubby pun on jer, terus booked bln 12 tahun lepas. So total utk 1 malam rm220 tu pun lepas campur tax. Yang best free 2 tiket theme park, free dinner & breakfast utk 2 org. kanak-kanak over then 90cm kena bayar. So si kakak time breakfast kena bayar, dinner lepas..hahaha..

Nak ke Morib jauh jugaklah rasanya. Adalah dalam 1 jam ½. Kami gerak dari Rembau so ikut jalan Rantau. Ikut jalan nak ke bagan lalang. Sampai terus check in, jenguk bilik , solat zohor siap2, pump pelampung anak-anak (malas nak sewa konon nak save cost)..hahhaha. ok masa untuk mandi.

Kakak paling sukalah jumpa air, adik macam biasa takde expression. Muka sama jer.. tapi sangat marah kalau angkat dia dari pelampung. Wah! kira dia pun syok jugaklah. Tapi saying 1st day kat morib takde pic diaorg mandi sebabnya hp & purse dilla boleh pulak tinggal kat rumah mak kat Rembau. Harapkan hubby ambik gambar mang taklah. Itu pun kena suruh.. hahhaa.. dapatlah amik gambar day 2 kat morib. Itu pun waktu pagi si kakak ajak nak mandi lagi. Haish! Layankanlah kan. So lepas ni tak tahu lagi nak ke mana pulak. Masih dalam plan. Next vacation tungguuuuuu!!!
 
Day 1 : Posing peace! Dulu b4 kita turun mandi. Cer tengok muka adik, muka dia gitu jelah. hahhaa











Day 1 : ni mang xleh bla.. dah ngantuk punya pasal dalam pelampung boleh.
kakak oh kakak.


 

 

WELCOME 2015




As salam semua. Rasa tak lambat kan nak wish welcome to 2015. Tiada pengharapan yang tinggi untuk tahun ini, Cuma mengharapakan 2015 memberikan banyak perkara yang manis, happy dan terbaik. Semoga Allah peliharakanlah kesihatan yang baik untuk dilla juga keluarga bagi meneruskan kehidupan seharian mencari rezeki untuk anak-anak. Bekalan agama dunia dan akhirat buat kami sekeluarga. Moga Allah kukuhkan iman kami sekeluarga. Limpahi rezeki halal untuk kami. Pelihara juga anak-anak kami dengan kesihatan yang baik, akhlak yang terpuji, juga anak-anak yang solehah dunia dan akhirat.

Semoga kerukunan rumah tangga yang kami bina sentiasa dalam rahmat Allah swt, bahagia hingga ke Jannah. Menjadi isteri yg solehah dunia dan akhirat untuk suami tercinta. Menjadi ibu yang mithali dan terbaik untuk anak-anak kami qaseh qaleesya sofea & qaseh qhayla Amanda juga yang bakal lahir ini nanti. In shaa allah.

Tahun 2015 ura-ura dah ramai yg menyatakan bakal gawat. Apapun kita sekarang perlu berjimat cermat. Utamakan apa yang perlu. List down kalau boleh. Elakkan pembaziran. Apapun nak buat kita ukur baju di badan sendiri.

Ok bye, J

GOODBYE 2014




Assalammualaikum, kawan-kawan blogger semua. Lama sangat dilla tak bersiaran. Sangat-sangat lah busy sekarang ni. Ni pun curi-curi masa untuk lepas rindu berblog. Ermm.. 2014 telah pun berakhir. Banyak kisah pahit dan manis sepanjang tahun 2014 baik utk dila mahupun Negara. Ermm…bagi dilla kalau ikutkan terasa banyak sangat yg pahit dan al-kisah sedih di tahun 2014. Mungkin bukan berlaku dalam hidup mahupun yang related dengan dilla, tapi sedikit sebanyak effect tu tetap rasa. Sebagai contoh bulan March kita di gemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini kita masih lagi belum terima apa-apa berita kisah craft ni. manalah pergi craft yang sebesar-besar gajah ni. hilang tanpa ada tinggal jejak. Entah hidup, entah mati yang pasti hanya Allah swt lebih mengetahui. Kalau betul mereka yang dlm craft ni dah tiada, mana bangkai craftnya, mana jatuhnya, mana kesannya adoi.. persoalan ni selalu bermain di kepala otak dilla rasanya seluruh manusia dok tertnya-tanya “awak kat mana..awak kat mana..” sebab salah seorang passengers craft MH370 ni adalah merupakan kawan study hubby dilla semasa di PURDUE. So dilla pun kenal juga dengan beliau. Suhaili Mustafa genit orangnya, dia juga merupakan staff Freescale dan bekerja under department dgn abang dilla jugak. Kalau ikut cerita abang, department abg kosong takde langsung engineer sebabnya semua engineer di hantar ke Beijing untuk training sebulan. Agak suram department abang masa tu. press tak yah cakaplah 24 hours ada jerk at luar kilang Freescale, masa memula crat tu di laporkan hilang. (Sorry tak ingatlah abang department apa). Apapun kami tetap panjang kan doa semoga MH370 dijumpai jejaknya. Semoga mereka berada di dalam rahmat Allah swt.

Kemudian, seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu dahsyat buat kali kedua melibatkan negara Malaysia umumnya dan Malaysia Airlines (MAS) amnya tahun 2014 ini apabila pesawat MH17 terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia). Allahhuakbar apakah musibah yang Engkau ujikan pada kami Ya Allah. Rasa terduduk dan tergamam dengar berita ni yg memula newsfeed dari facebook, lepas tu live on tv awani pulak. Belum reda kes tragedi kehilangan MH370, seolah masalah bertimpa-timpa untuk Malaysia. Mungkin Allah nak memberi dugaan hebat pada kita, mungkin kita dah lupa pada Dia. Mengikut pada cerita Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang pada mulanya telah terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia akhirnya disahkan pesawat Mh17 jatuh terhempas oleh berita AFP. Keadaan pada ketika ini cukup tragis melihatkan gambar bangkai kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ditambah dengan situasi begitu banyak mayat bergelimpangan di lokasi kejadian. Kronologi mengenai MH17 terhempas di Ukraine, penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014 iaitu 15 minit terlewat daripada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan. Berdasarkan jadual penerbangan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) dijangka sampai di KLIA Malaysia pada 6:10 waktu Malaysia. Pesawat MH17 membawa 295 orang, 280 penumpang dan 15 anak kapal terbang Malaysia Airlines (MAS). Semasa siaran langsung ketibaan jenazah Malaysia yg pertama, PM kita telah mengeluarkan titah sebelum itu utk semua rakyat Malaysia berkabung & bertafakur selama 5 minit bagi menghormati jenazah yg sampai di KLIA. Al-fatihah buat semua penumpang dan anak kapal MH17, juga pada semua waris MH17 semoga tabah dengan ujian yg Allah swt berikan. Kami rakyat Malaysia bersimpati dengan atas apa yang menimpa. Belum terubat luka Malaysia  sekali lagi di timpa musibah dengan banjir besar di Pantai Timur Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang. Kali ni banjir yg sangat dasyat. Ya Allah, ujian apa yang Engkau turunkan pada kami. Musibah apakah ini. Ampunkanlah dosa-dosa kami. Simpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir ni, terutama sekali warga tua & kanak-kanak. Mana tempat diaorg nak lari, semua tempat di penuhi air. Masing-masing selamatkan diri sehelai sepinggan. Hanya pikirkan nyawa sendiri dan keluarga selamat. Mungkin betullah seperti kisah yang dilla baca dalam facebook melalui mereka yg sendiri melalui insiden banjir ni , keadaan yang berlaku seperti kiamat kecil. Masing-masing lari menyelamatkan nyawa sendiri juga keluarga. Tiada apa yg dapat nak di selamatkan. Air naik sangat cepat. Agak luar biasa kali ni. Bantuan demi bantuan dah di salurkan. Terutama bekalan makanan. Alhamdulillah Malaysia ni ramai lagi yang sgt prihatin tanpa kira kaum. Masing-masing bersungguh-sungguh mengumpulkan dana juga bantuan untuk mangsa banjir. Semoga niat suci murni ni hanya Allah yg mampu membalasnya.

Akhir-akhir di ambang penutup 2014, kita di kejutkan lagi dengan Pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 disahkan terhempas di di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang menzahirkan perasan sedih dan pilu sebaik mendapat berita. Pesawat airasia QZ8501 dijadualkan berlepas pada 5.20 pagi dan akan dijangka sampai ke singapura pada jam 8.00 pagi waktu tempatan. Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 162 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi, dua orang juruterbang dan empat anak kapal. Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel. Warganegara penumpang pesawat ialah 155 dari Indonesia, tiga dari Korea Selatan, temasuk seorang bayi, satu dari Malaysia, satu dari Singapura, satu dari Perancis dan satu dari United Kingdom.

Al-fatihah buat mereka yang beragama islam dan salam takziah bagi mereka yang bukan islam. Penutup 2014 diselubungi hiba, sedih dan suram. Semoga ada sinar baru yang menerangi pada 2015. Moga 2015 mengukir yang indah-indah dan sentiasa bermunanjat pada Yang Esa, sesungguhnya kita ni banyak lupa akan Dia. Dia sedang mengingatkan kita. Semoga kita merenungkan dengan apa yang berlaku sepanjang 2014 ni sebagai muhasabah diri kita. Sucikan iman kita.

Bye..bye 2014