Thursday 27 November 2014

DZIELA DELIGHTS at MARIAM BOUTIQUES & CAFE.


As salam kawan-kawan blogger dilla. Agak busy minggu ni dan saje kumpulkan cerita untuk di konsikan dalam blog dilla ni. Dilla sangat happy minggu ni sebabnya dilla dapat lagi peluang melebarkan sayap “BRAND” dilla “DZIELA DELIGHTS” ke Seremban pulak. Alhamdulillah berpeluang berkongsi air tangan dilla di hometown dilla sendiri. Dilla dapat offer menjadi vendor ni pun melalui ex-offmate lama masa kerja kat KNM dulu. Kebetulan owner butik ni merupakan cousin dgn kak Siti Hanifah ni.

Lama juga dilla pikirkan tawaran ni, samada nak ambil atau tak. Sebab sebelum ni dilla pernah jugak jadi vendor si sebuah butik iaitu THE SISTERS BOUTIQUE di Bangi. Tapi di sebabkan kekangan kerja kat office yang banyak dilla tak dapat nak bagi 100% komitmen sepenuhnya. Jadi dilla dah Tarik diri. Now dilla dapat offer lagi, setelah refer dengan hubby, dia benarkan asalkan tak payah banyak menu nak di hantar. Lagipun dessert ni dilla boleh pass kat kak Ila (owner butik Mariam boutique & café). So dilla tak perlu ke butik.

Ok dilla citer sikit pasal butik ni yek. Sekarang ni mang banyak butik-butik yg berkonsepkan menjual barang-barang seprti tudung, baju, kosmetik, kecantikan, dan lain-lain juga konsep butik ni banyak ketengahkan jenis beli dan makan. so trend butik macam ni mang tumbuh bagai cendawan, dalam membeli barang luaran boleh duduk rehat jamu segala dessert dan menu foods yg ada di butik tersebut atau pun boleh bawak balik. Depends pada konsep dan cara butik tu jugak. Ada yg boleh makan kat situ sebab tempat disediakan juga ada hanya beli & carry.

So macam butik yg dilla supplykan dessert dilla ni namanya MARIAM BOUTIQUES & CAFÉ. Butik dia sangat cantik dekorasi dia. Tak nak lah dilla citer panjang . Meh! Dilla shared kan sikit beberapa picture dari Instagram. Sorry dilla belum kesempatan datang butik tu. setakat ni memang dilla hanya pass kan dessert dilla pada kak Ila.

Brownies with curahan coklat ganache & butterscotch sos. Dessert ni yang dilla supply ke butik tu. Kawan-kawan dilla yang berada di sekitar Seremban dan seangkatan dengannya silalah beli di sini yek. Dan sila bagi komen yek.
 
 
Ni hokkaido cup cakes. Ni vendor lain. So pelbagai vendors ada di sini.



Cream puff yang super duper gebus gebas..!!! ramai cakap sedap.


Red Velvet kek.


View dalam butik tu. Cantik kan sebab berkonsepkan english style. Kalau korang nak tau owner butik ni mang sebelum ni ada kedai interior di Teras Jernang Bangi tu. So semua konnsep dalam ni ikut citarasa dia. Dalam picture pun dah nampak lawa belum lagi pergi dan lihat sendiri.


Sudut makan sambil chit chat or apa-apalah.

Ni bahagian jualan barang kanak-kanak. Macam-macam ada di sudut vendor ni. So ibu-ibu boleh plan bawak anak-anak shopping barang-barang diaorang di sini.

Sudut vendor-vendor lain pulak. Baju, shwal, aksesor, kosmetik , kecantikan dan lain-lain semua ada.. meh! lah datang butik ni. Tak beli pun tak per kita window-window shopping jer dulu...hehehe


Kat butik ni pun mana bakal pengantin nak buat outdoor or photoshoot boleh call/whatsapp butik ni. Mang view & background dia sangat cantik. Untuk adakan party hari jadi pun boleh jugak. Memang diaorg ada sediakan tempat.


 
So korang dah tengok picture yang dilla shared ni kan? Apa yg korang rasa, sure nak pegi tengok cuci matakan sambil cuci mulut dengan pelbagai dessert kat sana. Kalau masih tak tahu kat mana lokasi butik ni, dilla bagi address termasuk contact number sekali.
MARIAM BOUTIQUE & cAFE
NS0134685-T
No. 551-1, Jalan Bandar Senawang 16,
Seremban,
Negeri Sembilan.
017-3235349
019-5022903
waktu operasi : Jumaat - Rabu (Khamis tutup)
11 am- 8 pm
Landmark sederet dengan Bank Islam di Matahari Height. Kalau saper tau butik Gemalai anggun atau petronas di Matahari Height berhadapan dengannya.
Mohon doa dari kawan-kawan semua agar bisnes bakery yang dilla buat ni sentiasa success dan lebih maju pada masa akan datang. Mengharapkan pada sokongan kawan-kawan agar dapat memajukan produk bumiputra kita di samping terjamin isi kandungan yang HALAL
I LOVE BAKERY.
 

 

No comments: