Monday 17 November 2014

BUBBA GUMP SHRIMP & CO


Last Saturday 15/11/2014 dilla & hubby bawa anak-anak jalan-jalan cari makan. hubby actually dah plan awal bulan hari tu kononnya nak belanja kami ank-beranak sebabnya hubby dapat rezeki lebih (incerement) , Alhamdulillah semoga Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga..amin. Pasal bab makan-makan ni sememangnya dilla pening la sikit. Ikut tekak semua nak makan. dilla teringin nak makan salmon. Tak tahula kenapa teringin bebenolah sangat nak makan dengan sayur asparagus. Ya Allah sedapnya la hai. Ha! Amik tertelan air liur dah haaaa….so dilla serah kan pada hubby jela tempat makan yg best-best janji western. Hehehe.. so hubby dah pun decide.. kita gi makan udang dekat BUBBA SHRIMP GUMP & CO di Sunway Pyramid….jangan panic  ek.. restoran ni mang menu utama dia berasaskan udang tapi ada sampingan lain lagi.
BUBBA SHRIMP GUMP & CO di Sunway Pyramid.
Jangan risau kat sini ada dua tempat boleh kita duduk. Samada di dalam atau di luar. Macam sekarang cuaca kan asyik hujan so memang dia tak bukalah yg kat bahagian luar tu. Dalam nya memang cantik, suasana dalam tu macam ala-ala koboi pun ada sb konsep more on kayu-kayu. Tetiba rasa macam masuk dalam alam spongebob pulak..hehehe. Tempat pun selesa sangat.
Ni bahagian dalam, kalau tak silap ni bahagian merchandise dia.
Ni bahagian luar tu.
(picture sumber cik google yek.. luar hujan masa tu so tak boleh nak amik gambar kat luar)


Ni bahagian dalam tu. Cantikkan! nampak macam ala-ala cowboy lagi..macam dalam gudang pun ada jugak. 
(picture sumber cik google yek.)
 
Kakak sedang kusyuk mewarna. Buku, pencil colour restoran ni sediakan. Setiap meja memang dia provide utk kanak-kanak. nak bagi dia leka & ada aktiviti yg budak-budak boleh buatla. parents pun boleh makan dengan selesa. Tapi rasa still di ganggu kut. hahaha.. kakak mang suka bab-bab mewarna tapi still juga kacau kami. hhahaha.. belum lagi 1 retsoran ni dengar mult dia je. kena pulak asyik dok nyanyi lagu " awk kat mana..awak kat mana" adoi..malu gue..
Daddy with amanda. Yg ni mang muka suka ke, muka sedih ker memek tu tetap sama. Confused nak di tafsirkan. Ni anak manja daddy. Ni pun dah mula tunjuk agresif sejak 2 menjak ni. Apa kakak buat dia pun nak buat jugak.

Sementara tunggu makanan sampai mummy nak selfie dulu dengan kakak. Kakak macam biasala ambik gambar takkan pernah nak serius. Sure spoil.

 



 
Yang best kat sini lagi utk kid's food are free. So air special utk kids pun menarik. Contoh macam dalam picture ni. Air ada lampu tau.Siap kelip-kelip lagi. Kakak mang excited sangat-sangatlah. Air frozen katanya..kuat betul penangan citer Frozen ni kan. Air ni perasa lemon. Mula-mula minum mang sangat lah masam tapi sedap. Macam air slurpee kat 7 eleven tu lah rasanya.
Ni menu dilla. dilla memang favorite dengan salmon. So dalam menu ni ada nasi, nasi dia dah di tutup dengan salmon tu, ada carrot, asparagus, bawang besar dan cara masak macam-macam ala-ala grill & rasa masam sikit, mungkin ada letak sos masam tapi mang sedap. bagi tekak dilla lah. 
Yang ni hubby punya. Yang dilla ingat ada mash potatoes, udang, french fries garing, sos karamel cheese sedap jugak yg ni. Yang paling sedap dilla sukakn mash potatoes dia, lemak berkrim sangat.. adoi hancus! diet ku...
So dilla memang boleh rekomen kat korang kalau ada yang plan nak gi makan tapi tempat tu tak tahu kat mana. dilla suggest kat restoran ni. Bagi yg sukakan western & seafood lah. So nak ke sini korang boleh guna waze or GPRS. memang betul-betul kat luar dari sunway pyramid tu, sebelah dengan entrance ke shopping mall tu jer.
Ni dilla sertakan address restoran ni.
Address : Bubba Gump Shrimp Co
OB.K2, OB.K3,OB.K3C & OB.K3D,
Oasis Boulevard, Sunway Pyramid Shopping Mall,
No 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor
GPS : N03 04.300' E101 36.543'
Business Hour : Restaurant 11am - 12am / Market 11am - 11.30pm
Tel : 03-56384559
Website : Bubba Gump
Other Branch at The Curve, Citta Mall
 
Ok , see you next entry...
Bye..bye..
 
 

No comments: