Thursday 5 March 2015

TADIKA ABS


Sejarah Penubuhan TADIKA ABS
Tadika ABS mula ditubuhkan pada Jun 2013. Penubuhan ini adalah hasil daripada perbincangan di antara Puan Ainon Mohd (Chairman ABS Holdings), Puan Suhaili Ikhsan (CEO ABS Edu Solutions Sdn Bhd, Puan Noraminah Omar (Co-CEO ABS Edu Solutions Sdn Bhd) dan Puan Nor Zarizah Abdullah (COO ABS Edu Solutions Sdn Bhd).
Pada ketika itu mereka sedang membincangkan hala tuju dan nilai yang ditawarkan di tadika sedia ada dalam pasaran dari dua aspek berbeza. Satu dari sudut hak anak-anak dan asas pembelajaran kanak-kanak terutama yang berumur 3 – 6 tahun. Aspek kedua dari sudut pengembangan bisnes tadika serta masa depan pengusaha tadika indie.
Sesi perbincangan ini berakhir dengan masing-masing bersetuju untuk menubuhkan Tadika ABS yang memenuhi kedua-dua aspek di atas. Selain daripada membimbing anak-anak menguasai 5M, Tadika ABS mahu fokus kepada kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk ‘survive’ dalam era perubahan zaman yang semakin mencabar.
Tadika ABS juga menjadi platform penting mengumpulkan usahawan tadika yang membolehkan mereka berkongsi kos pengurusan dan pemasaran.
This entry was posted in Penubuhan on October 1, 2013 by Suhaili Ikhs
TADIKA ABS (Aktif, Bijak, Santun)Tadika dalam Rangkaian TADIKA ABS juga menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2010) yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.

 KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
 
Keunikan Tadika ABS
 
 
 
Teknik Nabi
Teknik Nabi merupakan hasil kajian oleh Tim Psikologi Hadith yang dipimpin oleh Puan Ainon Mohd, Chairman PTS.
Teknik Nabi digunakan di keseluruhan persekitaran pembelajaran dan pengurusan supaya masing-masing terdorong membuat perkara yang baik-baik sahaja. Ia adalah hasil kajian Tim Hadith Psikologi dalam mendorong pelajar secara khususnya dan manusia umumnya dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadith-hadith sahih.
Guru-guru dan ibu bapa adalah sumber dorongan utama kepada anak-anak. Mereka akan dilatih sebagai pengamal Teknik Nabi bagi mewujudkan persekitaran yang saling dorong-mendorong. Sikap anak-anak tidak dikritik, diri mereka juga tidak dikritik. Guru tiada beban emosi, anak-anak semakin suka belajar. Ibu bapa bahagia apabila melihat anak mereka suka belajar.

  • Kajang - Nasyrah STRIDE

  • Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan, Kompleks Induk STRIDE,Taman Bukit Mewah Fasa 9, Kajang
    P: 019-3248752

 


                                   

     
     

 

No comments: