Wednesday 11 March 2015

SEKOLAH BARU KAKAK.


Assalammualiakum, hari ni nak story sekolah baru kakak. Sekarang kakak sekolah kat TADIKA ABS, di Kajang - Nasyrah STRIDE. Tadika ni dalam kem pertahanan so dari segi safety selamat lah kan. Teacher yg mengajar ada dalam 2 org, student pun ada dalam 20 org kalau tak silap dan bermula dari 3-6 tahun. Sejak tukar sekolah ni banyak benda yg improved pada kakak. Rajin membaca, membaca pun dah lancar, iqra pun dah pandai, pandai mengira, pandai urus diri sendiri, pandai dah baca doa makan, doa nak tidur, belajar solat dan lain-lain. Kawan-kawan dia pun baik-baik katanyalah. Dia pun rasa seronok sebab banyak aktiviti kat sini. jadi dia tak boring. Kalau ambik dia dari tadika ada jer benda dia kongsikan dgn dilla apa aktiviti dia kat tadika. So kalau dia nampak apa-apa baik di tv, buku, or sepnjang jalan dia pasti akn share “ha! Yg ni kakak belajar kat school,” cth traffic light, setiap colour ada maksud, jadi dia explain apa maksud setiap colour. Kalau nampak bulan or apa-apa dia akan sebut dalam 2 bahasa English & malay. Kalau tak tahu dia rajin bertanya & repeat jawpan tersebut. Comel kan kakak. Secara tak langsung kita main teka-teka dengan dia. Kan seronok. Kalau dia terpaksa ponteng sekolah cth demam baru-baru ni, dia dah risau dah bila boleh sekolah ni. Dilla pun selalu pesan makan ubat cepat sihat nanti nak sekolah. Nanti rugi pulak kalau cuti lelama nanti banyak benda kakak tak buat kat sekolah t. Sejak tukar tadika ni makin bersemangat dia nak ke sekolah.

Jom kita layan pictures kakak....
 
 
 









 


No comments: