Friday, 31 October 2014

FAREWELL HAFIS ILIAS

Semalam hari last day my collogue kat FMC ni. 3tahun jugak mamat ni kat sini. Semalam ada lah sikit makan2 sempena last day dia kat sini. Menu order kat luar then makan reramai kat off ni. makin kurang la penghuni dalam off ni. 1-1 yg nak cabut.
Apapun untuk Hafis just to wish good luck. All the best on your future. We hopefully can still keep in touch.
Coming soon bln 12 ni ye, tak lama je lagi dah, hafis bakal menamat zaman bujang. Selamat pengantin baru yek en. Hafis. Selamat menempuh alam bathera rumah tangga. Kamu bakal menjadi tulang rusuk pada pasangan kamu. Moga kamu dapat memimpin pasangan kamu dengan bekalan dunia dan akhirat. Semoga majlis indah yg bakal  menjelma ni, berjalan dgn lancar.
sorry pic amik dari instagram jer.. hehehehe.. sb terdelete pulok dalam camera..
 
menu farewell, mee hoon goren tea tarik place. mang best. & dessert big apple. adoi hancus diet semalam. makin mendonut la badan ku ini. uwaaa.... weeknd kena pulun jogging la...
 
en. hafis yg berbaju merah dan berkaca mata tu.. itula empunya badan yg di raikan. adoi time ni kan puas nya la dok membongkok badan nak bg org blakang tak terhalang.
 
comey kan kad ni. utusan walimatulurus dah sampai. in shaa allah kalau tak de hal kami sekeluarga sampai yek.
 

Tuesday, 28 October 2014

ONDE-ONDE

Banyak pulak citer alkissah makan ni yek.. apa nak buat dilla mang suka baking & masak. kena pulak tekak ni asyik nak makan. haihs! ke laut la diet dilla ni. hari jumaat tu teringin la sangat nak makan onde-onde. kebetulan ada seikat yek ke seikat ermm. hentam jela ek..gula melaka. kebetulan mertua bagi buah tangan balik dari kelantan. dilla mang ada jer stock gula melaka ni. dilla suka guna dalam masakan. so kelapa parut pun dah ada, tepung pulut pun dah ada..hahaaaa apa lagi moh! ler kita start wat onde2. 1 peket beras pulut tu mang boleh dapat bnyak. so boleh bagi skit kat jiran2 kan. jamu onde-onde dgn air tea di kala minum petang mang kow! ada umph! tau. hhehee. korang layan jela picture jer ek. klau rasa nak buat sila la buat sendiri ek! resepi??? agak2 la nak resepi sb snang je wat onde2 ni..
 

 
Bahan-bahan nak buat onde2 ni : daun pandan kisar dgn air, garam sikit letak dalam tepung beras. Korang surah air pandan tadi sikit2 dulu. Ratakan dulu tepung tu dgn air. Tepung beras terpulang pd korang nak bnyak mana ek. Klu family sikit so sikit jela korang gunaka. Mcm dilla mang abiskan 1 bekas tu. bila agak2 dah leh buat bulat2 tu so gentel kan dia then masuk gula Melaka. Gula Melaka tu ptong la kecik2 dulu yek. Lepas tu panaskan air , bil abetul2 didih korang celur kan tepung beras dah gentel tu. dah celur t uterus letak atas kelapa parut tu. korang golek2 la sikit. Bagi selruh permukaan dia kena kelapa. Lepas tu siap then leh mkn dah. senang kan. So jgn lupa buat ek.
 
 

RESEPI APAM INDON


Hari ni dilla nak share 1 resepi apam. Penah dengar kan apam? Apam bali, apam beras, apam polka dot dll. Ok kali ni dilla nak shared resepi apam indon. Mang jauh ni amik resepi ni. nun indon sana. Heheehe. Takdela actually resepi ni dilla follow dari blog azlita masam masam manis tu. korang try bukak blog dia kat SINI . Macam-macam menu kak ita kongsikan pada sume blogger, dia mag tak lokek dgn segala resepi. dilla suka follow blog dia. adala jugak beberapa resepi yg dilla amik dari blog kak ita. alhamudulillah jadi cuma rupa tu tak serupalah. yel alain tangan lain lah hasilnya kan. dilla ni tak sekreatif kak ita. masih beginner lagi.
dilla tak tahu la kenapa panggil apam indon. kak ita pun tak tahu jugala apa asal usul kek ni. baik kita tak payah pikir yek dak.. buat pening kepala jer nanti.
memang betul la cakap kak ita, apam ni sgtla lemnut dan gebuss sangat2 segebu pipi anak dilla amanda tu. Teksturnya sangat halus.. mang betul la bila makan tu kan mang ada rasa kek..ishh!! dah meleleh liur ke..uhuhhu...... Apam yang tidak kering lembut dan lembab. Dah simpan semalamam pun masih lembut dan enak di makan..
so apa tunggu lagi jom kita intai resepi apam ni.
Bahan-bahan

5 iji telur

1 sudu kecil ovalette

1 sudu kecil esen vanilla

300 gm tepung gandum

300 gm gula halus

250 ml susu segar atau santan

1/2 sudu kecil baking powder

sedikit garam

pewarna

cara-cara

Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.

Sediakan loyang ukuran 9 inc

Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayakkan tepung bersama baking powder.

Campurkan garam ke dalam susu.

Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.

Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.

Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna
 

Selamat mencuba yek. ni sebahagian apam. yg lain dilla agih-agihkan kepada jiran.

 


 

I LOVE BAKING

Minggu lepas dilla cuti panjang. Bkan apply cuti tahunan tapi sb public holiday start deepavali  straightla ke ahad. Macam kita pulak yg raya yek. Hahha. Ada ku kesah!!! Ok sepanjang cuti tu mang ada beberapa tempahan bakery yg masuk. Alhamdulillah..banyak atau sikit dilla tetap bersyukur. Sb yg sikit nila terasa nikmatnya.
 
 
Ni namanya congo bar. ingredients dia kacang walnut, choc chips, badam, button choc. nak ckp cookies bkn cookies, tp mang lembut & sedap. hubby dilla mang suka congo bars ni. dilla buat 1 loyang, dia sorang je hadapkan..hehehhe..
so open for order utk congo bars ni rm55/tray
rm12/6 pcs (mini box)


 
apam polka dot mang dapat permintaan tinggi. dilla mang kerap dapat order utk apam ni. so kali ni corak lady birds. open for order
rm30/50 pcs

 
lady birds colour merah.
 
 
coklat praline untuk bertunang. tahniah huda & mat. semoga majlis berjalan dgn lancar dan pertunang kalian dia rahmati Allah juga semoga di permudahkan urusan hingga ke big day kalian.
open for order rm50/tray
 



 

CERITERA CINTA EPISOD 3

 
16.11.2008 tarikh ni tarikh di mana kami di ikat hahahhaa.. actually date bertunang. Bukan kena ikat kat pokok atau apapun..hahah. Terikatla janji kami, dgn ini maka dilla dah sah jadi tunangan pada Mohd Faisal Fikri b. Kamaruddin. Alhamdulillah majlis bertunang berjalan dengan lancar. Pertunangan hanya untuk 5 bulan sahaja, bakal mertua masa tu tak mahu lama2 sangat bertunang. Yela org2 tua cakap banyak buruk dari baik kan. Jadi benda yang baik apasalahnyalah kita percepatkan. Bagi dilla rasa mcm cepat sngat la pulak. Bkn apa pikir kan ongkos adoi cukup ke tak ni, nak prepare lagi, cukup ke masa. Tapi family dilla pun dah sepakat setuju. Kita ni ikut jela kan.
Majlis bertunang ni berlansung kat rumah mak dilla di rumah rakyat Bongek. Dilla family sederhana jer. Adik beradik 6 orang dan dilla nak yg bongsu. Ank saudara ada 17 org. Dalam happy mood tunang ni, dilla ada sekelumit sedih & touching start dari merisik sebelum ni pun. Dilla sedih time dila merisik, tunang dan bakal berkahwin ni arwah abah takde. Arwah abah tak sempat tengok dilla bertunang mahupun kahwin nanti. Mang terasa sgt kepentingan abah dlm majlis besar mcm ni. Peranan org tua dlm majlis nikah kawin, tunag dll amat penting. Mang sebak sgt masa ni sb org yg dilla sayang dah takde. Hidup perlu di teruskan. Bagi dilla abah tetap ada di hati dilla.

Kita sambung pasal majlis bertunang ni, tetiba mood kelaut lak. Sorry kengkawan. Amik tisu kesat air mata. Untuk hantarn dari pihak dilla sebnyak 9 dulang dan pihak laki 7 dulang. Sumenya adalah berisi makanan dan adala pakaian itu pun pemberian mertua. Makanan, mang masak sendiri. Gotong royong sesame adik beradik, sedara- mara & jiran tetangga.
Dari segi persiapan dilla, makeup dilla amik MUA muhielara. Dilla jumpa muhielara ni pun dlm magazine pengantin. Dilla dulu mang rajin langgan majalah pengantin. Ada beberapa lagi la mak andam yg dilla dok listkan. Sorry yek kebnyakkan yg dilla listkan ni sume pak andam. Tak taula dilla sukan sentuhan diaorg ni sb cantik. Dilla bab makeup mang cerewet.

Baju dilla tempeh skali dgn hubby. Dah mcm baju nikah dah sb sepsang kan. Dilla berkebaya moden hubby baju melayu. Kmi pilih tema blue baby, actually nak turquoise ntah la masa pilih kat kedai masjid india tu wrna biru ni cantik. So kami grab then terus tempeh la kat citu jugak.
Hantaran dilla , konsep simple jer. So gubahan pun simple guna fresh flower. Tu pun hasil kerja tngan mak sedara dilla. Mak sedara dilla ni serba boleh. Jahit, masak, buat kuih, urut, mngubah sume boleh la. Menjadi aje hasil tangan nya tu. mang tangan ajaib dilla panggil.heeehe

Pelamin tunang dilla amik kat butik Andaman cindai di Seremban. Design pelamin dilla dpt dari google dan utk hasil mcm ni rm800. Mang puas hatila keje akk  ni. ramai puji lawa. (bangga jap). Pada masa ni design mcm ni tak bnyak lagi baru nak naik. So dilla 1st time wat ada pelamin tunang, kena pulak deko lain dari yg lain. Slpas dilla tu rmai pulak yg mengikut buat mcm dilla. Design pelamin dilla bnyak jdikan cth..heehe…suka sngat la plak. Yela asal g memana nama dilla di jual utk buat cth.
Lupa pulak dilla ni anak jati n9 so confirm korang tau kan klu dah ckp n9 sure terkenal dgn adat perpatih. Tempat dilla Rembau ada lagi yg amalkan adat da nada yg tak ikut pun. Ikut memasingla. Lagipun skrang dah moden. Tapi dilla still nak follow sb saja nak kembali kan semula adat tu yg lama dah tak buat. N9 kaya dgn suku. Tapi bkn 3 suku yek..hahha.. Dilla ni merupakan suku biduanda asli. Suku ni kita ikut perut belah emak atau kita ckp side emakla. Istilah n9 pnggil perut. So klu dah pnggil biduanda ni so ni suku paling atas. Jd suku ni la yg boleh jd UNDANG LUAK.. so untuk adat bertunang perlu ada cincin tanya (cincin belah rotan), cincin risik & tunang. So ada 3 bentuk cincin la. Kaya den dgn cincin. Hehehehe.
Dlm rumah kat dinding & siling kena psang lelangit. Nanti dilla showkan camner rupanya. Tu mesti ada.. lupa plak ni sume refer pd buapak iaitu ketua suku. Tepak sirih harus ada ketika penyerahan hantaran. Haaa. Tepak sirih ni harus di bawa dahulu then di ikuti sireh junjung (mesti ada sb kepala hantaran) juga hantaran lain2. Tepak sirih ni kana da cara balutnya tau. Mesti tau mana kepala & ekor..unik kan..tp akui ada yg rsa mcm ntah paper. Tapi lantak korang mn yg tak suka. Tapi bg dilla rasa unik.
Lepas tu perbincangan di mulakan kan macam tetapkan la tarikh nikah, sanding dll la. Duit hantaran sumela. Dilla dok menanti je dlm bilik sementara tunggu utk menyarung cincin. Masa di tunggu pun sampi. Dilla dok kat pelamin, masa ni berdebor ko.. ramainya la family hubby datang. Yela hubby anak sulung kan, ank sulung pulak yg kawin, bakal terima menantu sulung of course la sanak saudara dok pakat dtg kan. Cincin di sarung kan maka sahla dilla jadi tunangan org. masa utk bergmbar pulak & mkan2..
Itula serba-sedikit sepanjang majlis kami bertunang.
 
yg ni buapak kami, arwah pakcik ahmad klu saya tak silap namanya. Beliau banyak tolong bagi nasihat juga tunjuk ajar dlm melaksanakan istiadat bertunang ni ikut adat n9. Jasa beliau pd kami takkan kami lupakan. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatakan di kalangan para sollehin. ni acara dok pantun bagai la. tapi takde la berpantun sgt pun. adat makan sirih tu jela.
 
 
para rombongan dari belah hubby pun dah mai dah. ramai woo..yg dtg majlis tuanng kami masa tu.. pihak hubby bawa 7 dulang hantaran. yg bawak tepak sireh tu adik no.2 hubby. yg tudung coklat bakal ibu mertua (dululah) now ibu mertua ku sudah..
 
 
ni view keseluruhan hantaran kami. hantaran kami ni hasil keras tangan kami memasing. tak tempah pun. hubby pun tak sangka kreatif jugak. ala simple2 jer. janji ada rupa sudah. hehehehe...
 
 
ini semua tetamu yg hadir. ni baru separuh jer. separuh lgi dok luar. dlm khemah. rumah dilla kecik jer. masuk2 reramai tak muat pulak. time ni cuaca panas sungguh la. ramai kan tetamu jemputan.. ni sebahagian dari belah hubby. almaklumla anak, cucu, sulung kan yg nak kawin ni.
dilla yg bongsu & penutup dlm adik beradikla.
 
 
bergambar dulu sebelum acara sarung cincin. debar tau time ni. hahaha..
ok tak make up dilla masa ni. dilla puas hati dgn make up muhielara ni. mang good job la. tq muhielara. masa sambut menantu pun dilla ambik muhielara lagi..
upacara menyarungkan cincin di jalankan. uish!! debor ko...masa ni kan semua mata dok tumpu kat kita jer tau. ish! mang artis rasanya masa ni. camera klip sana sini. naik silau la ahkak..hahaha. alhamdulillah dilla dah jadi tunangan org. yg menyarungkan cincin ni ibu mertua dilla.
 
" jangan pegang2, duduk renggang2" hahhaha.. amik gambar jer pun tak peluk lah..ni la mr hubby kita..
 
bersama family & adik beradik hubby. sume adik beradik dia boboy k. mak dia jer yg ladys sorang. ada sorang adik dia no. 3 tak de dlm ni. dok perak nun study sana tak dapat balik.

 
ni adik beradik mak dilla. merangkap mak sedara dilla. sume gigirls k. mak dilla yg  baju biru tu. yg tudung labuh tu induk  yg bongsu. baju merah mak ngah dan yg free hair tu mak lang.
 
 
haaa....yg reramai ni, sume anak sedara dilla. ni ada yg tak de ni. ada yg bljar tak dpat blik, ada yg hilang ke mana ntah masa ni. ramai kan anak sedara dilla..
 
 
masa kami dating2 dulu..
 
kaki gajah dgn kaki kancil..hehehehe

SALAM MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1436H


Assalammualaikum kepada semua kawan2 blogger. Sorry terlalu busy minggu ni dan agak lama tak mengupdatekan blog ni. Rasanya tak terlambat juga dilla nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Semoga tahun baru islam ini memberikan sinar baru dalam hidup kita. Marilah kita sama² menghayati erti hijrah itu sendiri. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran. Semoga kita menjadi hamba-NYA yglebih  bertaqwa.

“Bahawa sesungguhunya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yg hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu” - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Tuesday, 21 October 2014

MAJLIS AQIQAH QASEH QHAYLA AMANDA 7.6.2014


Majlis aqiqah anak kami yg ke-2 Qaseh Qhayla Amanda bt Mohd Faisal Fikri berlangsung pada 7.6.2014 di kediaman kami Hill Park , Bandar Teknologi Kajang. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada keluarga, saudara-mara, adik-beradik, ipar2, biras, teman2 yg datang memeriahkan majlis aqiqah ni. kepada Amanda semoga menjadi anak yg solehah dunia dan akhirat. Mummy, daddy & kakak LOVE YOU SO MUCH.

Sorry yek kawan2 baru nak upload. Cerita pun dah basi.. hahahaha..
Catering amik kasih ibu, kwn mertua dilla. Alhamdulillah ramai puji makan sume sedap. Dah 2x dilla amik dgn mak cik catering ni.
 

Pelamin aqiqah dari sharmila dodoi anakku (facebook), design by me.
theme rainbow.

Picture besar & easel tu dari nini zalina (facebook)


Photograper by izan.


Anak sulung dilla, Qaseh Qaleesya Sofea bt Mohd Faisal Fikri.




Kumpulan marhaban dari kg Sg. Ramal

Hrai ni amanda jadi princess. nasib dia sgt behave time ni. cuma dia pelik sikit tengok ramai org. amanda ni tak macam kakak dia yg sgt friendly, dia ni dgn org tak knal ssah nak mesra.


Syok ek dik duduk dlm swing tu ek. kena pulak tilan tu dari kekabu & cotton sgt selesa.

Masa cukur jambul ni boleh pulak amanda tido. tapi mang time ni dia dah moody ngantuk.

Tudung kelabu yg tgah dok nak menggunting rambut amanda mak dilla. mak dilla yg jaga dilla , sofea & amanda dari berpntang untill now. Besar jasa mak pada dilla. Takde saper boleh ganti macam mak.. sayang mak ketat2.

Ni mertua dilla, ibu hubby.

2 anak sedara dilla dok berselfie..

Majlis doa selamat selepas selesai majlis aqiqah. Semoga majlis ni juga hidup kami diberkati Allah swt. Imam yg mengetuai majlis ni jiran kami ustaz Ismail. dia penah masuk saringan "imam muda".

Para tetamu yg hadir. Cuaca masa ni sgt panas terik.

Ni family dilla. dari kiri anak sedara anis nurain, baju merah ank jiran, baju hitam nk sedara dilla jugak effy, sebelah dia kakak no.4 ummi pada effy, mak dilla yg tudung kelabu, sebelah dia kakak ipar no. 3 ibu pd anis nurain, seblahnya kak ngah, tudung pink mak long.
Family adik no. 2 hubby.


Family hubby. yg depan tu sume anak2 jiran kecuali anak2 dilla la.. heehhe.. diaorg suka brgmbar.
kawan-kawan dilla time study IKM JB. linda masa ni tgah sarat tggu hari nak bersalin. alhamdulillah dapat baby boy lagi, so abg aisy ada kawan. yg ala2 diva tu yusaini yusoff. diva hot malaya di abad ini..

schoolmate hubby masa sek SEMSAS..Thank you timah & yabok family dtg majlis ank kami.


 
 

Lena tul dia tido.