Hari Raya
Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh
dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang
disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh,
sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan
Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha
serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah
korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13
Zulhijjah.
Aidiladha
adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan
ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha
dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan
dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah
Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,
manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat
kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada
bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah
merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya
Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang
Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan
mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan
wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan
sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi,
biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha
dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan
dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah
Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan
dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih
secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang
ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat
Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban
sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan
korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya
sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam
akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang
akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan
daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang
disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Di petik dari Wikipedia
No comments:
Post a Comment