Tuesday, 21 October 2014

KEMPEN "I WANT TO TOUCH A DOG"


Isu hangat hari ni dilla nak kongsikan. Rasanya korang pun pasti dah tau apa yg hangat tu. Ada baca paper tak pasal isu kempen “I WANT TO TOUCH A DOG” Ya Allah apa dah jadi dunia sekarang ni? Apa punya kempen ni, saper yg bagi kelulusan wat mcm ni. Masa mula2 dapat tau ni, dilla try google & tgok fbook. Just nak paham kana pa mkud kempen ni. adoi hai. Punya la ramai melayu islam yg dok peluk2, pegang bagai anjing ni. yg sedih tu bertudung pulak tu.. B.E.R.T.U.D.U.N.G k.. mengucap panjang sangat bila tengok picture ni. kenpa lemahnya la akidah kamu semua ni.

Program yang dianjurkan di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya hari Ahad kelmarin diadakan bagi menghapuskan perasaan takut dan skeptikal masyarakat terutamanya Melayu Islam, terhadap anjing.

 Walaupun mendapat sambutan, namun tetap mendapat kecaman kerana dianggap melanggar budaya masyarakat.

Ok, dilla tak cakap dilla ni ilmu agama tinggi gila, masih ctek, masih belajar, masih berguru lagi tapi kalau kita pikir logic & cara berakal lah kan sure kita boleh pikir anjing kan merupakan najis berat dia serupa dgn najis BABI. Jadi kalau dah najis berat @ mughalazah pastinya nya lah hukumnya haram.

Dilla tak salahkan pada anjing tu, sebab dia makhluk Allah juga Cuma, kita ni yg berakal cubala pikir. Atas seba apa nak pegang anjing? Dalam hadis pun dah ckap juga melalui ustaz kazim elias (pendakwah bebas) pun ada cakap “Masyarakat Islam diingatkan tidak mudah terpedaya dengan kempen "I Want To Touch A Dog" yang mempunyai agenda tersembunyi menyebarkan fahaman liberal dan pluralisme di negara ini”.

Sebelum ni kes pesta arak , Oktoberfest, sekarang ni kempen anjing ni pulak. Nampak tak ini merupakan ancaman halus bak kata UKE untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan Allah kepada penganutnya.

Lepas kempen anjing ni apa pulak? Tak mustahil klu dilla cakap BABI pulak kan? Lepas ni babi tu bersih, duduk tempat bersih cth air cond lepas tu pihak bertnggungjwab ni pun ckp la babi ni dah mematuhi proses piawian dan bla..bla..bla..bla.. lepas tu boleh mkan. Eh! Nak ke macam tu?

Sedih sgt dgn melayu , umat islam pulak tu yg mana dok joint kempen ni tanpa selidik dulu apa motif kempen sebegini.

Kenapa tak buat kempen berunsur agama, hudud, kempen masuk masjid ker. Kan lagi bagus. Kempen tu biarla yg berasas dan tak menyentuh sensitivoti agama juga msyarakat. Kita ni duduk dlm Negara islam. Klu org luar dgar & tgok mcmni la rupanya Negara islam tak ke senang2 dia buat agenda lain pulak utk mnjatuhkan agama kita. Anak2 melayu islam bangunla, sedarlah, jgn la mudah terpedaya dgn benda2 mcm ni. tak tahu kit aselidik dlu, kita kaji, rujuk pda yg arif apa motif, apa bnda kempen2 ni sume, jgnla main terjah. Sebab nak seronok. Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah.

 Memegang anjing bagi orang Islam bukan satu kesalahan, tapi tak patutlah nak adakan kempen menggalakkan orang Islam memegang anjing.

 "Binatang mughallazah ini macam babi jugalah mugahallazahnya. Lepas ini buat la kempen pegang babi pula, dengan melawat ke pasar babi, lepas tu melarat ke makan babi pulak.

Dilla ada baca juga dlm google Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyeru umat Islam yang menjadi penganjur dan peserta yang turut membelai anjing semasa program itu supaya bertaubat kerana cuba mempersendakan hukum agama. Selain tu beliau ada juga cakap "jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum Allah dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah,” dan lagi kenyataan beliau, “kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini, katanya Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan yang anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.”
TEPUK DADA TANYALA IMAN.

 


No comments: