Tuesday 28 October 2014

CERITERA CINTA EPISOD 3

 
16.11.2008 tarikh ni tarikh di mana kami di ikat hahahhaa.. actually date bertunang. Bukan kena ikat kat pokok atau apapun..hahah. Terikatla janji kami, dgn ini maka dilla dah sah jadi tunangan pada Mohd Faisal Fikri b. Kamaruddin. Alhamdulillah majlis bertunang berjalan dengan lancar. Pertunangan hanya untuk 5 bulan sahaja, bakal mertua masa tu tak mahu lama2 sangat bertunang. Yela org2 tua cakap banyak buruk dari baik kan. Jadi benda yang baik apasalahnyalah kita percepatkan. Bagi dilla rasa mcm cepat sngat la pulak. Bkn apa pikir kan ongkos adoi cukup ke tak ni, nak prepare lagi, cukup ke masa. Tapi family dilla pun dah sepakat setuju. Kita ni ikut jela kan.
Majlis bertunang ni berlansung kat rumah mak dilla di rumah rakyat Bongek. Dilla family sederhana jer. Adik beradik 6 orang dan dilla nak yg bongsu. Ank saudara ada 17 org. Dalam happy mood tunang ni, dilla ada sekelumit sedih & touching start dari merisik sebelum ni pun. Dilla sedih time dila merisik, tunang dan bakal berkahwin ni arwah abah takde. Arwah abah tak sempat tengok dilla bertunang mahupun kahwin nanti. Mang terasa sgt kepentingan abah dlm majlis besar mcm ni. Peranan org tua dlm majlis nikah kawin, tunag dll amat penting. Mang sebak sgt masa ni sb org yg dilla sayang dah takde. Hidup perlu di teruskan. Bagi dilla abah tetap ada di hati dilla.

Kita sambung pasal majlis bertunang ni, tetiba mood kelaut lak. Sorry kengkawan. Amik tisu kesat air mata. Untuk hantarn dari pihak dilla sebnyak 9 dulang dan pihak laki 7 dulang. Sumenya adalah berisi makanan dan adala pakaian itu pun pemberian mertua. Makanan, mang masak sendiri. Gotong royong sesame adik beradik, sedara- mara & jiran tetangga.
Dari segi persiapan dilla, makeup dilla amik MUA muhielara. Dilla jumpa muhielara ni pun dlm magazine pengantin. Dilla dulu mang rajin langgan majalah pengantin. Ada beberapa lagi la mak andam yg dilla dok listkan. Sorry yek kebnyakkan yg dilla listkan ni sume pak andam. Tak taula dilla sukan sentuhan diaorg ni sb cantik. Dilla bab makeup mang cerewet.

Baju dilla tempeh skali dgn hubby. Dah mcm baju nikah dah sb sepsang kan. Dilla berkebaya moden hubby baju melayu. Kmi pilih tema blue baby, actually nak turquoise ntah la masa pilih kat kedai masjid india tu wrna biru ni cantik. So kami grab then terus tempeh la kat citu jugak.
Hantaran dilla , konsep simple jer. So gubahan pun simple guna fresh flower. Tu pun hasil kerja tngan mak sedara dilla. Mak sedara dilla ni serba boleh. Jahit, masak, buat kuih, urut, mngubah sume boleh la. Menjadi aje hasil tangan nya tu. mang tangan ajaib dilla panggil.heeehe

Pelamin tunang dilla amik kat butik Andaman cindai di Seremban. Design pelamin dilla dpt dari google dan utk hasil mcm ni rm800. Mang puas hatila keje akk  ni. ramai puji lawa. (bangga jap). Pada masa ni design mcm ni tak bnyak lagi baru nak naik. So dilla 1st time wat ada pelamin tunang, kena pulak deko lain dari yg lain. Slpas dilla tu rmai pulak yg mengikut buat mcm dilla. Design pelamin dilla bnyak jdikan cth..heehe…suka sngat la plak. Yela asal g memana nama dilla di jual utk buat cth.
Lupa pulak dilla ni anak jati n9 so confirm korang tau kan klu dah ckp n9 sure terkenal dgn adat perpatih. Tempat dilla Rembau ada lagi yg amalkan adat da nada yg tak ikut pun. Ikut memasingla. Lagipun skrang dah moden. Tapi dilla still nak follow sb saja nak kembali kan semula adat tu yg lama dah tak buat. N9 kaya dgn suku. Tapi bkn 3 suku yek..hahha.. Dilla ni merupakan suku biduanda asli. Suku ni kita ikut perut belah emak atau kita ckp side emakla. Istilah n9 pnggil perut. So klu dah pnggil biduanda ni so ni suku paling atas. Jd suku ni la yg boleh jd UNDANG LUAK.. so untuk adat bertunang perlu ada cincin tanya (cincin belah rotan), cincin risik & tunang. So ada 3 bentuk cincin la. Kaya den dgn cincin. Hehehehe.
Dlm rumah kat dinding & siling kena psang lelangit. Nanti dilla showkan camner rupanya. Tu mesti ada.. lupa plak ni sume refer pd buapak iaitu ketua suku. Tepak sirih harus ada ketika penyerahan hantaran. Haaa. Tepak sirih ni harus di bawa dahulu then di ikuti sireh junjung (mesti ada sb kepala hantaran) juga hantaran lain2. Tepak sirih ni kana da cara balutnya tau. Mesti tau mana kepala & ekor..unik kan..tp akui ada yg rsa mcm ntah paper. Tapi lantak korang mn yg tak suka. Tapi bg dilla rasa unik.
Lepas tu perbincangan di mulakan kan macam tetapkan la tarikh nikah, sanding dll la. Duit hantaran sumela. Dilla dok menanti je dlm bilik sementara tunggu utk menyarung cincin. Masa di tunggu pun sampi. Dilla dok kat pelamin, masa ni berdebor ko.. ramainya la family hubby datang. Yela hubby anak sulung kan, ank sulung pulak yg kawin, bakal terima menantu sulung of course la sanak saudara dok pakat dtg kan. Cincin di sarung kan maka sahla dilla jadi tunangan org. masa utk bergmbar pulak & mkan2..
Itula serba-sedikit sepanjang majlis kami bertunang.
 
yg ni buapak kami, arwah pakcik ahmad klu saya tak silap namanya. Beliau banyak tolong bagi nasihat juga tunjuk ajar dlm melaksanakan istiadat bertunang ni ikut adat n9. Jasa beliau pd kami takkan kami lupakan. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatakan di kalangan para sollehin. ni acara dok pantun bagai la. tapi takde la berpantun sgt pun. adat makan sirih tu jela.
 
 
para rombongan dari belah hubby pun dah mai dah. ramai woo..yg dtg majlis tuanng kami masa tu.. pihak hubby bawa 7 dulang hantaran. yg bawak tepak sireh tu adik no.2 hubby. yg tudung coklat bakal ibu mertua (dululah) now ibu mertua ku sudah..
 
 
ni view keseluruhan hantaran kami. hantaran kami ni hasil keras tangan kami memasing. tak tempah pun. hubby pun tak sangka kreatif jugak. ala simple2 jer. janji ada rupa sudah. hehehehe...
 
 
ini semua tetamu yg hadir. ni baru separuh jer. separuh lgi dok luar. dlm khemah. rumah dilla kecik jer. masuk2 reramai tak muat pulak. time ni cuaca panas sungguh la. ramai kan tetamu jemputan.. ni sebahagian dari belah hubby. almaklumla anak, cucu, sulung kan yg nak kawin ni.
dilla yg bongsu & penutup dlm adik beradikla.
 
 
bergambar dulu sebelum acara sarung cincin. debar tau time ni. hahaha..
ok tak make up dilla masa ni. dilla puas hati dgn make up muhielara ni. mang good job la. tq muhielara. masa sambut menantu pun dilla ambik muhielara lagi..
upacara menyarungkan cincin di jalankan. uish!! debor ko...masa ni kan semua mata dok tumpu kat kita jer tau. ish! mang artis rasanya masa ni. camera klip sana sini. naik silau la ahkak..hahaha. alhamdulillah dilla dah jadi tunangan org. yg menyarungkan cincin ni ibu mertua dilla.
 
" jangan pegang2, duduk renggang2" hahhaha.. amik gambar jer pun tak peluk lah..ni la mr hubby kita..
 
bersama family & adik beradik hubby. sume adik beradik dia boboy k. mak dia jer yg ladys sorang. ada sorang adik dia no. 3 tak de dlm ni. dok perak nun study sana tak dapat balik.

 
ni adik beradik mak dilla. merangkap mak sedara dilla. sume gigirls k. mak dilla yg  baju biru tu. yg tudung labuh tu induk  yg bongsu. baju merah mak ngah dan yg free hair tu mak lang.
 
 
haaa....yg reramai ni, sume anak sedara dilla. ni ada yg tak de ni. ada yg bljar tak dpat blik, ada yg hilang ke mana ntah masa ni. ramai kan anak sedara dilla..
 
 
masa kami dating2 dulu..
 
kaki gajah dgn kaki kancil..hehehehe

No comments: