Friday 3 October 2014

DALAM KENANGAN


29 September 2014 jam 11.30am
kat office :

Macam biasa hari Isnin, MONDAY BLUES la biasa org panggilkan. tak tahu la nama gitu panggilnya..yela Isnin ni hari lesu sedunia utk dilla la..hahhaha..hari isnin mang bnyak keje la. so rutin harian menyiapkan la drawing animation utk mission baru. Haa!! korang sure tertanya-tanya dilla ni wat kartun ker? hahahha..korang jgnla silap ek, aah mang wat kartun tapi bukanla kartun upin ipin tu..bukan..bukan.. dilla ni keje kat comp oil n gas, wat material subsea dlm laut tu. So melibatkan la robot2 ni..ish! panjangla kalau nak citer. Lain entry t dilla citer k.

11.45am :

Tiba2 dilla dapat whatsapp from cousin

 "kak, wan bedah nazak, try call pak long"

berderau darah sekejap, tarik nafas panjang2 call pak long.

 dilla    : as salam, paklong nak tanya, wan bedah nazak?

 pak long : aah, tp ni dah ok, lepas reramai baca yassin, tak perlu la balik dulu. apa2 hal pak long call.

elok je dilla letak, cousin whatsapp balik,

 "kak, balik..pak long suruh balik"

Dilla pun terus call mak, abang & adik beradik yg lain bgtau condition wan. Dilla call husband suruh balik.

 3pm :
kami dah bertolak dengan ank2 & mak skali trus balik Rembau. Mak mang duduk dgn dilla point utk jaga anak no. 2 dilla. Mak mang jaga dilla after berpntang smpai la cucu dia ni dah setahun. Risau dia nak bg baby merah2 lagi kat pengasuh or nursery utk jaga. Kes pun macam2 skarang ni kan.

 3.42pm :
dilla try message pak long tanya keadaan wan. so far jwpan wan ok.

 3.46pm :
pak long message bagitau wan dah tak de. Masa ni kami dlm 5 mnit lagi nak sampai rumah arwah. Mak mang dah leleh air mata dah, siap dok cakap tak sempat tunggu yek induk (panggilan utk wan dilla). Actually arwah ni wan (panggilan utk n9)@ org lain panggil nenek,merupakan wan saudara dilla, dan mak saudara pada mak dilla. so dah paham kan? Kami sampai, mang adik beradik mak sume dah ada & bbrpa org bapak sedara n abang dilla sorang. Memasing dok nak confirmkan betul ker wan ni dah xde, memasing check nadi arwah. Kebetulan MA klinik desa kat kg situ sampai dok check dan mengesahkan arwah dah di jemput Ilahi. INNALILLAHIWALHIRAJIUN.

Alhamdulillah arwah pegi dengan senang & tenang. Tak sakit pun tapi ajalnya mang dah sampai. Cuma kami sedih arwah xpunya zuriat, suami mang dah lama meniggal. Arwah mang menumpang kasih kat cucu-cucu sedaranya. Arwah semasa hayatnya sgt pemurah dan baik hati. Kalu dtg rumah dia selagi tak kenyang dia xbagi balik. Teringat air kopi arwah, sedapnya air tangan masakan arwah. Rindu dengan celoteh arwah dan gurauannya. Arwah mang suka bercerita kisah dia, mak, & adik beradik smasa kecik2 dulu.
Janji Allah itu pasti, setiap yg bernyawa pasti menemui pencipta-NYA. Semoga arwan wan SITI ZABEDAH BINTI BASIR ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

AL-FATIHAH

 

 

 

 

 

No comments: