Tuesday 28 October 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1 MUHARRAM 1436H


Assalammualaikum kepada semua kawan2 blogger. Sorry terlalu busy minggu ni dan agak lama tak mengupdatekan blog ni. Rasanya tak terlambat juga dilla nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Semoga tahun baru islam ini memberikan sinar baru dalam hidup kita. Marilah kita sama² menghayati erti hijrah itu sendiri. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran. Semoga kita menjadi hamba-NYA yglebih  bertaqwa.

“Bahawa sesungguhunya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yg hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu” - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

No comments: