Thursday 27 November 2014

DZIELA DELIGHTS at MARIAM BOUTIQUES & CAFE.


As salam kawan-kawan blogger dilla. Agak busy minggu ni dan saje kumpulkan cerita untuk di konsikan dalam blog dilla ni. Dilla sangat happy minggu ni sebabnya dilla dapat lagi peluang melebarkan sayap “BRAND” dilla “DZIELA DELIGHTS” ke Seremban pulak. Alhamdulillah berpeluang berkongsi air tangan dilla di hometown dilla sendiri. Dilla dapat offer menjadi vendor ni pun melalui ex-offmate lama masa kerja kat KNM dulu. Kebetulan owner butik ni merupakan cousin dgn kak Siti Hanifah ni.

Lama juga dilla pikirkan tawaran ni, samada nak ambil atau tak. Sebab sebelum ni dilla pernah jugak jadi vendor si sebuah butik iaitu THE SISTERS BOUTIQUE di Bangi. Tapi di sebabkan kekangan kerja kat office yang banyak dilla tak dapat nak bagi 100% komitmen sepenuhnya. Jadi dilla dah Tarik diri. Now dilla dapat offer lagi, setelah refer dengan hubby, dia benarkan asalkan tak payah banyak menu nak di hantar. Lagipun dessert ni dilla boleh pass kat kak Ila (owner butik Mariam boutique & café). So dilla tak perlu ke butik.

Ok dilla citer sikit pasal butik ni yek. Sekarang ni mang banyak butik-butik yg berkonsepkan menjual barang-barang seprti tudung, baju, kosmetik, kecantikan, dan lain-lain juga konsep butik ni banyak ketengahkan jenis beli dan makan. so trend butik macam ni mang tumbuh bagai cendawan, dalam membeli barang luaran boleh duduk rehat jamu segala dessert dan menu foods yg ada di butik tersebut atau pun boleh bawak balik. Depends pada konsep dan cara butik tu jugak. Ada yg boleh makan kat situ sebab tempat disediakan juga ada hanya beli & carry.

So macam butik yg dilla supplykan dessert dilla ni namanya MARIAM BOUTIQUES & CAFÉ. Butik dia sangat cantik dekorasi dia. Tak nak lah dilla citer panjang . Meh! Dilla shared kan sikit beberapa picture dari Instagram. Sorry dilla belum kesempatan datang butik tu. setakat ni memang dilla hanya pass kan dessert dilla pada kak Ila.

Brownies with curahan coklat ganache & butterscotch sos. Dessert ni yang dilla supply ke butik tu. Kawan-kawan dilla yang berada di sekitar Seremban dan seangkatan dengannya silalah beli di sini yek. Dan sila bagi komen yek.
 
 
Ni hokkaido cup cakes. Ni vendor lain. So pelbagai vendors ada di sini.



Cream puff yang super duper gebus gebas..!!! ramai cakap sedap.


Red Velvet kek.


View dalam butik tu. Cantik kan sebab berkonsepkan english style. Kalau korang nak tau owner butik ni mang sebelum ni ada kedai interior di Teras Jernang Bangi tu. So semua konnsep dalam ni ikut citarasa dia. Dalam picture pun dah nampak lawa belum lagi pergi dan lihat sendiri.


Sudut makan sambil chit chat or apa-apalah.

Ni bahagian jualan barang kanak-kanak. Macam-macam ada di sudut vendor ni. So ibu-ibu boleh plan bawak anak-anak shopping barang-barang diaorang di sini.

Sudut vendor-vendor lain pulak. Baju, shwal, aksesor, kosmetik , kecantikan dan lain-lain semua ada.. meh! lah datang butik ni. Tak beli pun tak per kita window-window shopping jer dulu...hehehe


Kat butik ni pun mana bakal pengantin nak buat outdoor or photoshoot boleh call/whatsapp butik ni. Mang view & background dia sangat cantik. Untuk adakan party hari jadi pun boleh jugak. Memang diaorg ada sediakan tempat.


 
So korang dah tengok picture yang dilla shared ni kan? Apa yg korang rasa, sure nak pegi tengok cuci matakan sambil cuci mulut dengan pelbagai dessert kat sana. Kalau masih tak tahu kat mana lokasi butik ni, dilla bagi address termasuk contact number sekali.
MARIAM BOUTIQUE & cAFE
NS0134685-T
No. 551-1, Jalan Bandar Senawang 16,
Seremban,
Negeri Sembilan.
017-3235349
019-5022903
waktu operasi : Jumaat - Rabu (Khamis tutup)
11 am- 8 pm
Landmark sederet dengan Bank Islam di Matahari Height. Kalau saper tau butik Gemalai anggun atau petronas di Matahari Height berhadapan dengannya.
Mohon doa dari kawan-kawan semua agar bisnes bakery yang dilla buat ni sentiasa success dan lebih maju pada masa akan datang. Mengharapkan pada sokongan kawan-kawan agar dapat memajukan produk bumiputra kita di samping terjamin isi kandungan yang HALAL
I LOVE BAKERY.
 

 

Tuesday 25 November 2014

JATUH CINTA.


Eh! Udah kenapa dengan awak ni dilla?? JATUH CINTA dengan saper pulak ni Awak jangan buat pasal dilla oiii. Istighfar banyak2, ingat husband & anak-anak tu. Jangan cari penyakit pulak. Sabar-sabar, jangan gelojoh..rilekssss!! hehehe.. dilla saja nak bagi suspend dengan tajuk macam tu. Jangan kalut-kalut, dilla masih waras lagi, masih tahu hukum hakam lagi. Bawak bertenang. Amboi marah sakan kawan-kawan kat luar tu yek..
Nak tahu ker dilla jatuh cinta dengan saper? Betul nak tahu ni..betul…jangan marah dilla tau..hehehe..  ni haaaa nil ah dia yang buat dilla jatuh hati , jatuh cinta, tidur malam tak lena di buatnya. 1st time jumpa dah jatuh hati, tak mau yang lain dah. nak ini jugak. Tapi apakan daya $$ tak cukup untuk memilikinya. Mang kena tunggu hujung bulan jugak..uwaaaaa..mintak-mintak ada lagilah. Tinggal beberapa hari jer lagi nak hujung bulan 11. Sabar yek wahai pujaan hati jangan lah ko lari ke tangan orang lain.. hhahahaha.....
 

Inilah idaman hati kita. Porch dari butik Charles & Keith. Dapat gaji harus grab. I don't care. So jangan pikir bukan-bukan dah yek. saje nak sakat korang petang-petang ni haaa.... ok bye..
 
 

Monday 24 November 2014

LAST DAY SEKOLAH


Jumaat lepas 21/11/2014 last day persekolahan di sekolah kakak. Maka bermulalah sessi cuti sekolah. So tahun depan kakak dah 5 tahun still akan bersekolah di sekolah yg sama Tadika Afthal. Untuk hari last persekolahan ni kakak dan murid-murid lain dapat free gift dari pengetua sekolah tersebut. Dalam beg tu ada set warna pensil, pen, pencil box, buku warna. Happy betul kakak bila dapat hadiah macam tu. Cuma sayang kakak agak kurang pandai jaga barang-barang macam ni. Dilla ni kerap bising pasal barang-barang yg kakak tak tahu nak simpan. Lepas ni harap dia pandai jaga barang. Ok kita cuci mata sambal tengok picture yang telah cikgu Azie whatsapp pada dilla .
Tak tahu naper pagi ni bangun mata kakak bengkak sebelah. Mungkin kena gigit semut halus. Kalau korang teropong dekat-dekat mang nampak mata tu sepet sebelah. Sib baik sikit jelah.Letak minyak gamat tum akin oklah.





Comel-comel jer budak-budak ni semua kan. Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat, di berikan kesihatan yang baik, menjadi anak yg soleh dan solehah, cantik akhlak dan taat pada perintah Allah swt juga pada ibu bapa.
 

KARNIVAL UPIN DAN IPIN


Assalam kepada kawan-kawan blogger semua. Semoga semua sihat hendaknya. Hari ini dilla nak berkongsi aktiviti sepanjang cuti hujung minggu baru-baru ini. Cuti sekolah kan sudah bermula, so sure parents semua dah plan apa aktiviti nak buat untuk anak-anak kan?.. Masa ni lah peluang terbaik nak isi masa lapang bersama anak-anak. Hujung minggu lepas pelbagai aktiviti di adakan di Putrajaya & Serdang. Di Putrajaya telah diadakan satu Karnival Upin dan Ipin yg berlangsung di PICC anjuran dari Lescopaque . Di Serdang pulak berlangsungnya MAHA sehingga 30hb November ini. Juga ada demo F1 Team Lotus yang di adakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya. 3 events ni berlangsung serentak bermula dari hari jumaat lepas. So agak-agak parents nak bawak anak-anak gi mana dulu ek. Hais! Kenalah wat undian kan.. hehehe.

Dilla plan nak bawak anak-anak ke Karnival Upin dan Ipin. Karnival ni bermula pada 21-23 November yg beroperasi dri pukul 9pagi-10mlm. Dah mula cuti sekolah ni sure lah kan tempat-tempat mcm ni penuh dengan orng. Upin ipin sapalah yg tak  minat kan. Bukan golongan budak-budak jer, org tua pun layan citer ni. Kartun Malaysia, produk malaysia sudah pasti dilla sokong buatan kita kan. Kartun dia pun ok dan banyak pengajaran yg kita dapat dari upin ipin ni.

Dilla plan pergi hari ahad, sebelum pergi tu kan, agak bnyak jugalah kengkawan dok updated kat facebook suasana kat carnival tu. Banyak komen dan komplen yang agak mengecewakanlah dari parents yg dah pergi carnival tu. hati ni dah mula berat jugak nak pergi tapi dah janji kan dgn anak-anak takpelah kita redah jelah yg penting kita pergilah pagi-pagi. Kononnya mungkin kita boleh elak dari bersesak-sesak.

Pukul 7 pagi dilla dah bangun kejutkan kakak, & adik..nasib baiklah mood diaorg ni baik. Nak kejut kan pun senang. Budak-budak dah setlle mandi & makan semua, so turn mummy & daddy pulak bersiap. Pagi tu mertua dilla buat breakfast nasi lemak. Mang weeknd lepas dilla bermalam di rumah in law. Bak kata husband nak ke picc tu dekatlah so confirm takkan rempuh jem lah. So kita ni ikut jelah kan. Dalam 8.++ kami gerak ke PICC. Anak-anak mang dah happy lah, paling happy kakaklah siap dah plan nak jumpa memei “ saya suka..saya suka” tu. hopefully dapatlah jumpa kakak. Mummy pun tak beranilah nak janji kakak. Sebab dengar dari komen kawan-kawan mummy pun banyak frustlah. Tapi takdelah dilla cakap kat kakak yg banyak ke negative, sb kakak ni mood lain sikit, kalau kata nak mesti jadi je bagi dia.

Sampai je kat PICC mak datuk ai..!!! dah bersusun kereta sepanjang jalan kat PICC tu, tapi oklah lagi takdelah menapak dari parking Pullman tu. Eh! Jangan tak percaya tau di sebabkan karnival ni buat time cuti sekolah ada yang parking sampai Pullman tu tau, kalau korang tau Pullman tu kat mana & PICC kat mana haaa…!korang imaginelah sendiri cmner parents ni sume menapak. Dengan bawak anak-anak lagi, dengan tolak strollernya lagi. Sebabkan anak minat upin ipin parents ni sume ikutkan jelah kan. Menapak pun menapaklah.

Kami parking kat bawah dari PICC so takdelah jauh sangat pun menapak walaupun peluh jugaklah dok mendaki kan. Matahari pagi pun dah mula terik haish! Banyak jugak kalori terhasil ni..ahhahahaaha, Masuk je dalam tu..masyallah manusia dah ramai dah beb..tak tahulah diaorg ni sampai pukul baper lah ni. Ingatkan kita ni dah awal dah, rupanya ada lagi awal. Nasiblah kan.

Mula kami sampai kami masuk MAIN HALL dulu. Masa sampai upin ipin tengah buat show dah. manusia dalam tu pun dah ramai. Kami Nampak dari jauh jelah. Tak tahulah nak pergi dekat-dekat tu camner. Si kakak dah rengek-renegk nak tengok , terpaksa daddy dukunglah. Itupun still tak nampak, memang tak boleh dekat lagi dah sangat2 padat.. Kemudian ajak diaorg pusing-pusing kat dalam dewan tu tengok apa yang ada. Mang macam-macam ada, antaranya booth eicak, Pada Zaman Dahulu, Puteri, sudut craft, main pasir colour tu, sudut jualan produk upin ipin, jualan minuman vitagen, di luar hall ada pelbagai jualan makanan dan minuman dari produk upin ipin.

Lepas tu kami keluar dari main hall kami, beratur untuk beli tiket masuk ke hall lain nak tgok show. Kami masuk ke Magical Performance. Bayaran tiket untuk dewasa rm15 dan kanak-kanak 6-12 tahun rm5. Bawah 6 tahun is FREE. Queue nak beli tiket pun agak tak bersistem, dah tak tahu manu queue beli tiket & queue nak masuk show hall sebab takde pun diaorg buat pengadang atau apa-apa tanda untuk bezakan 2 tempat ni. Dah lah info pasal beli tiket ni takde, Hanya diaorg tulis atas sekeping kertas A4 dan bertulisan marker pen dan dilekatkan kat pintu hall masuk tengok show tu. Manalah org nak perasan. Memasing hanya bertanya sesapa kat situ jer.

Tiket dah beli, now kita pi tengok show pulak. Masuk ni pun dok berebut-rebut dah, kat dalam tu pun lagilah berebutnya. Pintu nak masuk pun alahai besar badan hubby dilla jer. Yang nak masuk ramai ni camnerlah aksi tolak menolak tak berlaku kan. Boleh pulak dalam tu ada parents yg emo, terjerit-jerit tak puas hati. Adoi! Apa nak buat mang dah terang-terang banyak kelemahan dari pihak penganjur (Lescopaque) tapi dah sampai ni kita hadap jelah, nak komen kemudianlah. Tak payahlah kita tolak-tolak, kalau bertolak ansur semua boleh masuk. Kesian parents yg tolak stroller dukung anak-anak kecik ni. Janganlah tunjuk perilaku tak baik depan anak-anak. Tak bagus kan. Sabar jelah, events macam ni mang confirm ramai kan. Sesak tu dah pastilah.

Magical Performance ni ada 3 jenis persembahan yang pertama tarian dari robot-robot. Sorry yek, tak dapat nak sharing picture persembahan dari robot-robot ni sb pihak pengajur dah warning awal-awal no video, & camera. So kami just copy dlm memori otak jelah yek. Eheheh. Ada dalalm 10 robot kalau tak silap. Robot-robot ni menari ikut rentak lagu “SAHABAT” sangat best & kagum dgn hasil anak-anak muda melayu dari Lescopaque ni. mang awesome lah. Pandai robot-robot ni joget. Serentak jer diaorg setting.

Habis tengok robot menari pindah ke skrin sebelah still dalam hall yg sama. Ni tengok monolog dari upin ipin. Upin ipin menyanyi lagu , “Terima Kasih Cikgu” “Upin-Ipin” “Sahabat”. Bestlah dan anak-anak pun enjoy. Tapi si adik dah lelap. Hahaa.. sebab view dalam tu gelap macam tengok wayang. Sejuk aircond pulak tu..lenalah dia tido. Kami bersila dan duduk di bahagian depan sekali. Mang nak duduk depan pun senang nak focus..haahaha.. mummy dia yg over kan..

Habis session upin ipin nyanyi session soal jawab bersama karektor dari upin ipin. So hari tu bersama “kak ros” alah..kakak upin ipin yg garang tu. bak kata si kakak, kak ros tu garang samalah macam mummy.. adeh! Kena setepek!. Sempat jer si kakak kenakan mummy. So soal jawab ni akn panggi budak-budak secara rawaklah. Tanyalah apa-apa pada kak ros tu.

Settle session tu maka tammatlah show Magical Performance hari tu. so kami keluar masuk main hall plan nak bli something sebelum balik. Memang kami dah tak larat nak stay lelama kat situ. Sebab sangat-sangatlah ramai orang macam ulat dah. Banyak masuk dari keluar. Ada parents yg dok bersila santai kat luar main hall tu. Kepenatan lah kut. So dapatlah grab 1-2 barang , lepas tu kami baliklah. Jumpa ex-ikm pun tak boleh nak borak lelama. Masing-masing bawak diri memasing jelah. Next time linda & are ju kita jumpa lagi, kita chit-chat & gossip-gossip ek.

Kesimpulan yg dapat di rumuskan pada event ni. Memang betul seperti apa yg di kata berkenaan dengan system penganjuran event ni. Terlalu banyak kelemahan dari Lescopaque. Dari segi tempat  tak salah pun kalau buat kat PICC, sebabnya beraircond dan indoor so budak-budak tak panas so mang boleh di puji. Cuma kalau boleh Lescopaque event macam ni jangan buat terlalu singkat. 3 hari sangat tak cukup, better lanjutkan sebulan, supaya parents boleh plan dan datang berperingkat. Jadi keadaan boleh di kawal. Pihak penganjur perlu ingat pengikut upin ipin ni besar dan sangat ramai bukan hanya budak-budak jer yang minat tapi orang tua pun suka.  Memang paham kalau diaorg buat 3 hari disebabkan agak mahal sewa tempat PICC tu. Tapi mungkin diaorg boleh cari tempat yang seuai dan selesa.

Segala informasi macam kaunter tiket, info pasal events better letak sebelum masuk entrance, dan juga sediakan flyers . dalam tu terkandug peta lokasi show, time show, tempat solat & toilet dan lain-lain info yg jelas. Jadi takdelah insiden perang mulut kat situ kan. Biasalah bila dah ramai macam tu emosi payah nak kawal kan. Tempat jualan @ merchandise & aktiviti untuk kanak-kanak tu better boleh buat kat luar, dan belah atas so ruang pada main hall khas utk free show. Mungkin boleh kurang kan sesak org yg nak tgok stage show dgn orang yg nak membeli dan buat aktiviti juga ambil gambar.

Bahagian beli tiket pun buatlah satu pengadang macam guna tali merah tu, supaya org boleh beza bahagian sini untuk A, yg sini untuk B. Takdelah kelam kabut. Kalau boleh buat belian tiket secara online. Keadaan masuk dewan pun serupa juga limitkan berapa yg boleh masuk. Pintu tu bagilah luas sikit. Dan kalau boleh laluan keluar dan masuk biar berbeza ni situ lah pintu masuk situlah pintu keluar. Serabut bro!.

Dilla bukan nak kondemkan produk anak bangsa kita, dilla tetap sokong, Cuma bagi komen tujuan nak improvekan prestasi diaorg. Hopefully akan datang akan lebih menarik dan banyak perubahan positif diaorg buat. Tanpa komen orang ramai Lescopaque tak tahu mana kekurangannya kan. Dilla tahu ramai yang ibu bapa frust dengan event ni, anak-anak pun tak berapa happy. Dilla dayakan juga pergi sebab nak bagi anak-anak seronok walaupun not 100% diaorang happy. Ni 1st time event dari Lescopaque so kita maafkan dan bagi peluang pada diaorang. Mungkin betul ada segelintir cakap Lescopaque nak try market camner sambutan orang ramai pada karnival ni. Ok cukupla entry untuk hari ni. dah panjang sangat ni.. hehehe.. ok bye..
 
Kami menapak nak naik ke atas. Pagi-pagi kami dah exercise. Demi anak-anak kami dayakan jua.

 
Keadaan traffic yg nak naik ke atas. Nampak tak ni baru pkul 9.++ dah bersusun keretakan. So belum tengok dalam lagi.


 
Abang polis traffic dok kawal keadaan.
 
 
Anak dara kami yg super excited nak tengok upin ipin. Dah plan konon nak jumpa memei, nak peluk memei, tapi batang hidung memei pun tak jumpa. tak pasal-pasal melalak, puas jugak nak pujuk. Kalau adalah geng-geng Lescopaque baca blog dilla ni, gak-agak dia temukan tak anak saya dengan memei ni.. sampai sekarang ni asyik dok sebut tak dapat jumpa memei. aish!!!

 
Baru pukul 9.++ tau tapi dah rasa panas terik tengahari. hubby dah kerut seribu tahan silau matahari. si adik tu tido.

 
Sorry picture sangat blurr.. tengah dukung adik dan pada masa sama amik gambar. masa ni sampai upin ipin tengah nyanyi lagu "SAHABAT". tengok ramai kan orang.



 
 Booth Eichak.. tak sure betul ke spelling ni.
 
 


 

 

 
Beli tiket masuk Magical Performance dapat free voucher ke Safari Park Gamabang dan Theme Park. Valid sampai hujung bulan 12 ni.

 
No cabutan bertuah, 11905 tak tahulah nombotr ni naik ke tak. Pukul 12 dah balik dah tak larat nak tunggu.

 
Harga tiket masuk ke Magical Performance rm15/adult. Anak-anak kami bawah 6 tahun so free. Mummy & daddy yang kena bayar.

 
Suasana di dalam dewan yg sempat kami pose. hehe..

 
Di bahagian jualan upin
 
 
T-shirt.

 
Set cawan jenis melamine.

 
Tabung upin ipin.


 
Beberapa barang yang sempat kami grab.

 
Time nak balik.

 
Bye..jumpa next entry.
 

Tuesday 18 November 2014

KELEBIHAN AIR PUTIH ATAU AIR KOSONG


Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun, amalan minum air  kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu menigkatkan beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

 1.   Minum empat gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum menggosok gigi.
2.   Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan dan minum apa-apa selama untuk 45 minit.
3.   Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.   Selepas 15 minit mengambil sarapan , makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
5.   Bagi pesakit yang lanjut usia dan yang tidak larat minum empat gelas air sekali gus di peringkat permulaan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
6.   Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

   Tekanan darah tinggi 30 hari.
   Gastrik 10 hari
   Diabetis 30 hari
   Sembelit 10 hari
   Kanser 18 hari
   Tibi 90 hari
7.   Pesakit arthritis hanya perlu mengikut rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan Ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali di peringkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
*   Demikian, berusahalah tidur lena. Jangan tidur pada lewat malam.

Sumber:Kem Pembangunan Kekeluargaan Wanita.

SUSAH MINUM AIR SUAM


Isu pagi ni pasal susah nak minum air suam atau air masak atau air kosong. Ish! Berapa banyak atau daaa. Okla berbalik pada tajuk asal. Dilla memang ada problem untuk minum air kosong ni. nak minum secawan pun susah. Nak kata tak di ajar dari kecik rasanya mak dilla dah puas dok menjerit macam tarzan dah Cuma belum jadi hulk je lagi suruh minum air kosong banyak-banyak. Cuba korang imagine ek, dilla kalau lepas makan mang tak minum air & boleh tahan lah lepas beberapa jam baru ingat nak minum itupun sebab haus. Hahahha. So korang imaginela betapa kuragnya lah air dalam badan dila. Tapi nasib baiklah dilla ni takde masalah metabolisma rendah. Lepas makan 5 minit lepas tu confirm cari ms ladies. So no wonder la ek skin & muka tu kering.

Kalau ikut kajian air kosong ni penting utk tubuh badan kita. Air ni membantu untuk kuruskan badan. Korang sure tak percayakan. Mana pulak boleh kuruskan badan kan. Ye! Itu yang pasti memang boleh kurus sebabnya air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Selain itu boleh meningkatkan kesuburan. Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Dah percaya sekarang? So nak minum air tak lepas ni?

Lepas tu melancarkan pencernaan kita. Senang melawas lah sembelit pun takde. Malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Kalau korang ada masalah sembelit tu tandanya kurang minum air kosong. Perasan tak , mak-mak kita dah ajar minum air kosong dr baby lagi selain elak lidah baby tu putih sebab minum susu sebenar nak bagi baby tu mudah melawas. Ni yang dilla perasan lah. Selain dari khasiat susu ibu, so ibu yg menyusu pun perlu jugak minum air kosong kan.

Air kosong jugak boleh melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser. Lepas tu kan boleh membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Tengok banyak betul kan kebaikan air kosong ni yg kita rasa mcm simple jer. Alah air kosong je kut.

Lagi banyak minum air kosong kulit kita ni jadi lagi lembab, tak kering, tu muka yg mana-mana dah mula kedut2 & ada garis halus tu dia boleh kurangkan sebabnya kulit kita kita serap air yg kita minum hari2. Itu sebab orang tua-tua cakap minum air kosong ni awet muda. Sekarang percaya tak?

Tubuh lebih segar dan sihat. Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

 Air kosong juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong.

Air kosong tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Di atas kesedaran ini dilla sanggup beli botol air 2 liter tau semata-mata nak belajar minum air kosong.
Botol ni untuk air kosong 2 liter. Ni dilla beli dengan office mate dilla distributor herbalife. Dilla bukan distributor ek. Harga utk 2 liter ni rm37. 1 liter & 3 liter pun ada jugak.
Botol dah beli kalau tak minum jugak lagi tak tahu dah nak cakap apa..
kita jumpa next entry lah. ok bye.
 

 

ROTI SARANG LEBAH


As salam kawan2 semua.  Semoga kawan2 semua sihat. Hujung minggu lepas dilla try buat roti yang tengah hangat di pasaran sekarang ni. ROTI SARANG LEBAH.. dilla ni lama sangat2 tak meroti. Lepas attend class roti adalah beberapa kali buat lepas tu terperap jela resepi tu. Ni barulah nak meroti semula. Agak terkial2 jugalah nak memulakkan.

Korang sure pernah dengar kan roti sarang lebah. Roti ni macam roti bun biasa tu je bezanya toppingnya di tabor dengan kacang badam, kismis, kacang pumpkin seeds, chocolate chips. Lepas tu disiramlah dengan sos butterscotch. Sangat la lazat & enak. Anak-anak dilla makan yg kacang nyer jer. Rotinya kami jela yg habiskan. Alhamdulillah licin juga petang tu. dilla buatkan tk hidangan menu petang. Time cuit jelah yg dilla ada masa nak buatkan yg special utk family dilla. Lepas ni nak buat lagi sebab dapat permintaan dari suami tercinta.



Sos butterscotch yg sangat berkrim, berlemak & marvelous. not copy from resepi google. 100% dari resepi guru baking.
Buat masa ni dilla belum open order utk roti sarang ni. In shaa allah will be open order soon.

Monday 17 November 2014

RABBIT FUND LAND

Ahad semalam 16/11/2014 kami bawa anak-anak tengok animals di Rabbit Fund Land di Semenyih. Tak jauh pun dari rumah kami. Ni pun dilla tahu dari sumber-sumber blog kawan-kawan. Tempat dia taklah besar sangat macam zoo KL tu, adalah sebesar padang bola sepak. Binatang pun takdelah banyak sangat. Banyak binatang-binatang kampung jer, contoh ayam, arnab, kambing, kerbau, sleian tu ada la poney (kuda padi), donkey, rusa & kancil. Saje bawak diaorang kat sini itupun banyak kali tangguh nak pegi sebab bz selain faktor cuaca, masa kami pergi ni pun mang dah mula nak hujan dah, tapi kami redah jela. Sampi pun mang gerimislah juga. tapi kami gagahkan jugakla sebab dah alang2 sampai ni. Tapi alhamdulillah hujan berhenti & mula panas.
 
kami ke sini pun menggunakan waze. Landmark nak ke sana nak pergi ke UNIVERSITI NOTTINGHAM atau jalan ke bukit broga. Tapi taman ni korang kena alert sikitla nak ke sini sb waze ari tu pun tak dapat detect mungkin sebab line takde kat area sini, dah kiri-kanan hutan kan. Itupun nasib baik dilla nampak papan tanda ni.
Tiket masuk adult & kids 1y above rm5
makanan rabbit carrot rm10/pack
naik kuda rm8
 
Kakak mang dah tak sabar nak naik kuda. Nasib baiklah berani nak naik. Kalau tak membazir dok bayar utk naik kuda. Yg penting kakak enjoy naik kuda. Best katanya & rasa tinggi naik kuda ni.
 
Naik rimas mummy tengok rambut kamu ni kakak. Asyik takde masa mummy nak bawak awak pergi gunting rambut ni.
Pose dengan kuda dulu before bawak round2.

 

Mummy selfie dengan amanda sekali dengan kuda poney yg comel tu.

 

Kakak dok kusyik bagi arnab makan. Arnab ni dipaksa tanpa rela makan sebenarnya dengan si kakak ni. Ikutkan arnab ni dah kenyang sesangat dah. Kakak pulak lagi di sumbatnya.. haishh!! layankanlah kakak.. yg penting kakak & adik enjoy.



Besar jugakla kawasan arnab ni. Arnab-arnab ni pun jinak-jinak. Kejap lari sana..kejap lari sini.. macam lipas kudung dah tengok diaorg dok berlari-lari.





Kambing biri-biri.. kambing ni manjang je lapar..bagi carrot habis.

Keldai
Rusa
 
Kancil
 
Dalam masa 2 jam kami dah habis jelajah farm ni,binatang memang tak banyak pun. Tapi setakat nak bagi budak2 ni enjoy boleh lah utk diaorg. Sekurang-kurang diaorg takdelah bosan duduk kat rumah kan.
So kalau korang lom pegi lagi jemput2 lah singgah sini.
bye..