Tuesday 18 November 2014

SUSAH MINUM AIR SUAM


Isu pagi ni pasal susah nak minum air suam atau air masak atau air kosong. Ish! Berapa banyak atau daaa. Okla berbalik pada tajuk asal. Dilla memang ada problem untuk minum air kosong ni. nak minum secawan pun susah. Nak kata tak di ajar dari kecik rasanya mak dilla dah puas dok menjerit macam tarzan dah Cuma belum jadi hulk je lagi suruh minum air kosong banyak-banyak. Cuba korang imagine ek, dilla kalau lepas makan mang tak minum air & boleh tahan lah lepas beberapa jam baru ingat nak minum itupun sebab haus. Hahahha. So korang imaginela betapa kuragnya lah air dalam badan dila. Tapi nasib baiklah dilla ni takde masalah metabolisma rendah. Lepas makan 5 minit lepas tu confirm cari ms ladies. So no wonder la ek skin & muka tu kering.

Kalau ikut kajian air kosong ni penting utk tubuh badan kita. Air ni membantu untuk kuruskan badan. Korang sure tak percayakan. Mana pulak boleh kuruskan badan kan. Ye! Itu yang pasti memang boleh kurus sebabnya air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Selain itu boleh meningkatkan kesuburan. Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa. Dah percaya sekarang? So nak minum air tak lepas ni?

Lepas tu melancarkan pencernaan kita. Senang melawas lah sembelit pun takde. Malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Kalau korang ada masalah sembelit tu tandanya kurang minum air kosong. Perasan tak , mak-mak kita dah ajar minum air kosong dr baby lagi selain elak lidah baby tu putih sebab minum susu sebenar nak bagi baby tu mudah melawas. Ni yang dilla perasan lah. Selain dari khasiat susu ibu, so ibu yg menyusu pun perlu jugak minum air kosong kan.

Air kosong jugak boleh melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser. Lepas tu kan boleh membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Tengok banyak betul kan kebaikan air kosong ni yg kita rasa mcm simple jer. Alah air kosong je kut.

Lagi banyak minum air kosong kulit kita ni jadi lagi lembab, tak kering, tu muka yg mana-mana dah mula kedut2 & ada garis halus tu dia boleh kurangkan sebabnya kulit kita kita serap air yg kita minum hari2. Itu sebab orang tua-tua cakap minum air kosong ni awet muda. Sekarang percaya tak?

Tubuh lebih segar dan sihat. Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

 Air kosong juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong.

Air kosong tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Di atas kesedaran ini dilla sanggup beli botol air 2 liter tau semata-mata nak belajar minum air kosong.
Botol ni untuk air kosong 2 liter. Ni dilla beli dengan office mate dilla distributor herbalife. Dilla bukan distributor ek. Harga utk 2 liter ni rm37. 1 liter & 3 liter pun ada jugak.
Botol dah beli kalau tak minum jugak lagi tak tahu dah nak cakap apa..
kita jumpa next entry lah. ok bye.
 

 

No comments: