Monday 17 November 2014

RABBIT FUND LAND

Ahad semalam 16/11/2014 kami bawa anak-anak tengok animals di Rabbit Fund Land di Semenyih. Tak jauh pun dari rumah kami. Ni pun dilla tahu dari sumber-sumber blog kawan-kawan. Tempat dia taklah besar sangat macam zoo KL tu, adalah sebesar padang bola sepak. Binatang pun takdelah banyak sangat. Banyak binatang-binatang kampung jer, contoh ayam, arnab, kambing, kerbau, sleian tu ada la poney (kuda padi), donkey, rusa & kancil. Saje bawak diaorang kat sini itupun banyak kali tangguh nak pegi sebab bz selain faktor cuaca, masa kami pergi ni pun mang dah mula nak hujan dah, tapi kami redah jela. Sampi pun mang gerimislah juga. tapi kami gagahkan jugakla sebab dah alang2 sampai ni. Tapi alhamdulillah hujan berhenti & mula panas.
 
kami ke sini pun menggunakan waze. Landmark nak ke sana nak pergi ke UNIVERSITI NOTTINGHAM atau jalan ke bukit broga. Tapi taman ni korang kena alert sikitla nak ke sini sb waze ari tu pun tak dapat detect mungkin sebab line takde kat area sini, dah kiri-kanan hutan kan. Itupun nasib baik dilla nampak papan tanda ni.
Tiket masuk adult & kids 1y above rm5
makanan rabbit carrot rm10/pack
naik kuda rm8
 
Kakak mang dah tak sabar nak naik kuda. Nasib baiklah berani nak naik. Kalau tak membazir dok bayar utk naik kuda. Yg penting kakak enjoy naik kuda. Best katanya & rasa tinggi naik kuda ni.
 
Naik rimas mummy tengok rambut kamu ni kakak. Asyik takde masa mummy nak bawak awak pergi gunting rambut ni.
Pose dengan kuda dulu before bawak round2.

 

Mummy selfie dengan amanda sekali dengan kuda poney yg comel tu.

 

Kakak dok kusyik bagi arnab makan. Arnab ni dipaksa tanpa rela makan sebenarnya dengan si kakak ni. Ikutkan arnab ni dah kenyang sesangat dah. Kakak pulak lagi di sumbatnya.. haishh!! layankanlah kakak.. yg penting kakak & adik enjoy.



Besar jugakla kawasan arnab ni. Arnab-arnab ni pun jinak-jinak. Kejap lari sana..kejap lari sini.. macam lipas kudung dah tengok diaorg dok berlari-lari.





Kambing biri-biri.. kambing ni manjang je lapar..bagi carrot habis.

Keldai
Rusa
 
Kancil
 
Dalam masa 2 jam kami dah habis jelajah farm ni,binatang memang tak banyak pun. Tapi setakat nak bagi budak2 ni enjoy boleh lah utk diaorg. Sekurang-kurang diaorg takdelah bosan duduk kat rumah kan.
So kalau korang lom pegi lagi jemput2 lah singgah sini.
bye..
 
 
 
 

No comments: